PELANCONGAN
Menurut laporan BusinesTravel.com jumlah kedatangan pelancong asing ke negara ini pada tahun 2010 ialah 24.57 juta orang. Malah kenyataan Menteri Pelancongan , Dr. Ng Yen Yen tentang kedudukan Malaysia yang berada di tangga kesebelas dalam senarai destinasi popular dunia menunjukkan kepentingan sektor ini kepada kemajuan sosioekonomi negara Malaysia. Hal ini juga bermakna sektor pelancongan sama penting peranannya dengan sektor perindustrian yang dikatakan sebagai tonggak kekuatan ekonomi negara pada era ini. Oleh sebab itu, sektor ini perlu ditambahmajukan demi kesejahteraan negara.
Jenis-jenis pelancongan di Malaysia
• Ekopelancongan:
kawasan alam semula jadi yang melibatkan kehidupan flora dan fauna.
Contoh: Taman Negara Kinabalu, Sabah- Reseversi tumbuh-tumbuhan liar tropika dan
lokasi Gunung Kinabalu ; tertinggi di Malaysia
Pusat Reseversi Kuala Gula- pusat migrasi 48 jenis burung dari negara
Siberia, Mongolia, Jepun dan China
Kuala Gula, Kerian, Perak
• Agropelancongan:
Aktiviti pelancongan yang melibatkan kegiatan pertanian, penternakan dan perikanan
Ladang-ladang buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan; pusat penternakan haiwan tempatan dan akitiviti menangkap dan memancing
Contoh: ladang buah-buahan dan sayur-sayuran di Cameron Highlands,
Sawah padi dan Muzium Padi di Alor Star, Kedah
Pertandingan memancing- Rompin Billfish
• Inap Desa
Inap desa (bahasa Inggeris:Homestay) ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Konsep inap desa ini bertujuan menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya.
Konsep inap desa dapat menambah pendapatan orang kampung tradisional .
Kampung-kampung di Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan negeri-negeri lain berpotensi dijadikan kawasan untuk program inap desa bagi menarik pelancong dari luar negara
Keunikan kampung di Pahang, Perak , Sarawak dan Sabah seperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya.
Pelancong Jepun dan Eropah tidak lagi berminat melihat bangunan tinggi dan bandar besar, sebaliknya mereka ingin mengetahui budaya dan cara hidup masyarakat tempatan serta kesenian dan masakan tradisional negara yang dilawati mereka
Pelancong juga didapati lebih berminat tinggal di kampung bersama-sama keluarga angkat bagi membolehkan mereka mengetahui dan mengenali adat budaya, cara hidup yang sebenar dan lebih realistik dan kesenian masyarakat tempatan dengan lebih jelas dan tepat.
Malaysia menyasarkan seramai 13 juta pelancong melawati negara ini pada tahun 2007 dan pelbagai program disusun bagi mencapai sasaran itu.
Tahun 2001, lebih 10 juta pelancong melawat Malaysia dengan hasil pendapatan sebanyak RM200 bilion.
Dipetik dan diubah suai daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Inap_desa)
PELANCONGAN INAP DESA
(contoh)
1.Desa Homestay Kg. Tok Sangkut (Bp3), PASIR MAS KELANTAN
Aktiviti - kebun getah, bendang padi, aktiviti tinjau burung, dusun (salak, limau chokun, manggis, ulam) menganyam tikar, mengayuh basikal, ternakan ikan air tawar (haruan, talapia, puyu, sepat).
• Pelancongan perubatan
Pelancongan kesihatan dimaksudkan apabila seorang individu atau pesakit yang melancong ke negara lain untuk mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan.
Menurut Association of Private Hospitals Malaysia, pada tahun 2006, pendapatan negara daripada industri pelancongan kesihatan ialah sebanyak RM 203.66 juta (USD 59 million)
Kadar pelancong ke Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan telah meningkat sebanyak 25.3% dari tahun 1998 ke tahun 2008 (International Medical Travel Journal).
Dua faktor penting yang menyebabkan Malaysia menjadi pilihan untuk pelancongan perubatan adalah disebabkan oleh
i. kos perubatan yang kompetitif dan rendah serta
ii. kemudahan infrastruktur yang canggih dan moden.
Sebagai contoh, pembedahan jantung di Malaysia adalah dalam lingkungan RM 18000.00 ke RM 21000.00 berbanding di Amerika Syarikat yang bernilai RM 60000.
Menurut satu kajian oleh firma industri Frost & Sullivan dalam International Medical Travel Journal , pelancong perubatan memberikan perhatian terhadap tiga perkara yang penting apabila memilih destinasi untuk mendapatkan rawatan iaitu,
i. doktor dan jururawat yang diakreditasi,
ii. kemudahan untuk sampai ke hospital tersebut dan
iii. kemudahan penginapan.
selain kestabilan politik yang merupakan satu lagi kelebihan kepada Malaysia.
Antara pusat perubatan yang menawarkan perkhidmatan perubatan bertaraf lima bintang ialah
i. Prince Court , Kuala Lumpur
ii. Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
iii. Hospital Pakar Johor.
• Pelancongan pendidikan
Pelancong dari negara lain yang mempunyai jangka masa cuti tahunan yang panjang datang melancong ke Malaysia dan mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
Contoh: Cuti musim panas di negara Timur Tengah
Semasa cuti mereka akan datang dan tinggal di Malaysia selama beberapa
bulan dan boleh mengikuti kursus jangka pendek bagi memanafaatkan masa
mereka di sini.
1. Faktor-faktor yang mampu menarik rakyat negara ini dan pelancong asing melancong di Malaysia
A. Alam Semula Jadi
-Hutan Khatulistiwa yang terdiri daripada pelbagai spesies flora dan fauna
• Bunga Pakma atau Rafflesia menjadi tarikan kerana hanya terdapat di Malaysia
-Kawasan laut yang bersih dengan hidupan akuatik yang unik
• Pulau Redang dengan batu karang yang sangat cantik
B. Budaya Rakyat Malaysia
- cara hidup yang tidak terdapat di negara lain
- cara hidup tradisional Melayu, Cina , India , Kadazan, Iban dan etnik-etnik lain
- kepelbagaian makanan tempatan
C. Tinggalan Sejarah
- bangunan bersejarah:
• 33 lokasi diiktiraf sebagai bangunan bersejarah di Malaysia
Contoh: Bangunan Masjid Negara, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur
- lokasi bersejarah: Bandaraya Melaka Bersejarah dan Georgetown sebagai tapak warisan
dunia yang diiktiraf oleh UNESCO/Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
D. Kemudahan Awam yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa
- penginapan jenis hotel, resort dan inap desa yang lengkap dengan kemudahan seperti elektrik dan bekalan air yang bersih.
- sistem perhubungan: pengangkutan darat dan udara yang berkualiti
Sistem telefon, internet, wifi untuk berhubung .
-makanan masyarakat pelbagai bangsa dan negara mudah diperoleh.Makanan merupakan faktor utama yang menarik minat pelancong asing ke sini. Kemudahan mereka mendapatkan makanan dari negara asal menjadikan Malaysia destinasi yang sering dikunjungi. Contohnya; Pelancong Timur Tengah sudah pasti mahu menikmati makanan yang sesuai dengan selera dan cara hidup mereka. Maka kemampuan Malaysia menyediakan restoran-restoran makanan Arab dan Timur Tengah akan memberikan kemudahan kepada pelancong-pelancong ini.
E. Kestabilan Politik
-kestabilan politik menggambarkan keamanan yang dikecapi rakyat di negara ini
-kestabilan politik menggambarkan sistem pemerintahan yang stabil dan tiada kekacauan seperti pemberontakan yang mengganggu aktiviti harian rakyat.
- Situasi ini menjadi faktor utama yang sering difikirkan oleh pelancong apabila bercadang untuk melancong ke negara ini.
Thursday, September 15, 2011
Monday, July 4, 2011
KESALAHAN IMBUHAN DAN PENGGUNAAN KATA
ULANG KAJI KEFAHAMAN ANDA
LATIH TUBI TATABAHASA 1
A. KENAL PASTI KESALAHAN-KESALAHAN IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM AYAT-AYAT DI BAWAH
1. Perangai yang baik itu akan saya contoh.
2. Pak Hamid mendekati badannya ke tembok.
3. Salleh menduduki anaknya itu di atas meja makan.
4. Swee Lim sedang membaca buku cerita itu untuk adiknya.
5. Maklumat tentang rahsia negara tidak boleh dibocor oleh sesiapapun.
6. Hujan membasahkan jemurannya
7. Pelukis memperlihat lukisannya yang terbaharu.
8. Bapanya mensokong tindakan anaknya yang tidak mahu ke sekolah.
9. Pejabat Pelajaran Johor Baharu bersetuju untuk memperbesarkan dewan sekolah ini.
10. Semua pelajar tingkatan lima akan meninggal alam persekolahan tidak lama lagi.
11. Mak Salmah mengalas tanggungjawab sebagai isteri dengan penuh amanah.
12. Kita dilarang oleh tuhan untuk mempersenda amalan agama orang lain.
13. Terdapat sesetengah pihak memandangkan rendah terhadap program-program bimbingan dan kelas tambahan yang dianjuri oleh pihak sekolah.
14. Pelajar yang tidak berbuat persediaan yang cukup untuk peperiksaan sering mendapat keputusan yang tidak cemerlang.
15. Jangan terlalu bergantungan pada soalan-soalan ramal untuk menjawab soalan peperiksaan.
LATIHAN TATABAHASA 2
1. Siapa yang mahu menyertai perkhemahan itu mesti berjumpa dengan Cikgu Amin.
2. Terdapat berapa orang pelajar sedang berjalan menuju ke kantin sekolah.
3. Bulan Bahasa Kebangsaan akan diadakan di bulan Oktober.
4. Pemandu yang berkhemah sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.
5. Kakinya semut kerana duduk bersila terlalu lama.
6. Tindakan sesetengah individu menyerang sistem komputer di bahagian keselamatan negara telah dapat diatasi oleh Suruhanjaya Multimedia negara ini.
7. Semua karang mesti dihantar kepada guru selewat-lewatnya pada hari Jumaat.
8. Pipinya merah-merah apabila dipuji oleh ayahnya.
9. Ali menjadi ketidakhadirannya ke sekolah sebagai alasan tidak menyiapkan kerja sekolah.
10. Para pelajar mesti mendaftar diri terlebih dahulu bila sampai ke dewan nanti.
Saturday, April 16, 2011
LATIHAN JENIS-JENIS AYAT
LATIHAN KENDIRI TATABAHASA
JENIS-JENIS AYAT
1.AYAT PENYATA
2.AYAT SERUAN
3. AYAT PERINTAH
4.AYAT TANYA
LATIHAN MENGENAL PASTI JENIS-JENIS AYAT
| Ayat | Jenis ayat | |
| 1. | Norlia membeli pakaian dari kedai itu. | AYAT PENYATA |
| 2. | Musa menjadi pegawai polis | AYAT PENYATA |
| 3. | Menangislah sepuas-puas hati. | AYAT PERINTAH |
| 4. | Para pelajar sudah berkumpul di dewan? | AYAT TANYA |
| 5. | Eh, Pak Malim rupanya yang datang! | AYAT SERU |
| 6. | Selesaikan latihan tatabahasa ini dengan segera. | AYAT PERINTAH |
| 7. | Pungut sedang menrengek-rengek kerana kelaparan. | AYAT PENYATA |
| 8. | Kamu hendak ke bilik bahasa sekarang jugakah? | AYAT SOAL |
| 9. | Jemputlah ke rumah saya pada petang besok. | AYAT PERINTAH |
| 10. | Berdermalah kepada orang-orang yang hidup susah. | AYAT PERINTAH |
| 11. | Bertolaklah dengan segera. | AYAT PERINTAH |
| 12. | Bilakah kita hendak bertolak ke Pusat Sains Negara? | AYAT SOAL |
| 13. | Pengetua sentiasa tersenyum kepada para pelajarnya. | AYAT PENYATA |
| 14. | Oh, Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku! | AYAT PERINTAH/AYAT SERU |
| 15. | Syabas, engkau telah menang ! | AYAT SERU |
| 16. | Siapa yang akan mengiringi pelajar-pelajar itu? | AYAT SOAL |
| 17. | Wah, cantiknya lukisan di dinding pusat beli-belah ini! | AYAT SERU |
| 18. | Surat itu dibaca oleh Ahmad? | AYAT TANYA |
| 19. | Surat itu dibaca oleh Ahmad? | AYAT PENYATA |
| 20 | |
LATIHAN KENDIRI-TATABAHASA
STRUKTUR BINAAN AYAT
(MUKA SURAT 208-209 BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4)
B.LATIHAN MENGENAL PASTI FRASA DAN KLAUSA
| BIL | AYAT | FRASA (jenis frasa) | KLAUSA |
| 1 | Baju sudah bergosok. | / | |
| 2 | Adik membatalkan puasanya kerana adik tersangat lapar. | | |
| 3 | Saya tidak hadir kerana saya demam | | |
| 4 | Ah Meng dan Ah Chong sedang belajar. | | |
| 5 | Saya sakit perut. | | |
| 6 | Jalan ke sekolah ditutup kerana dinaiki air banjir. | | |
| 7 | Semua soalan disediakan oleh Unit Peperiksaan Sekolah ini. | | |
| 9 | Semua manusia dituntut agama agar bermaaf-maafan sesame mereka. | / | |
| 10. | Bangunan lama sekolah ini masih digunakan walaupun sudah ada bangunan baru. | | |
| 11. | Rakyat Malaysia amat mementingkan cara hidup yang harmoni. | / | |
| 12. | Pengajaran yang berkesan memerlukan alat bantu mengajar yang baik. | | |
| 13 | Membaca kegemaran saya | | |
| 14 | Aktiviti berkhemah amat digemari oleh pelajar-pelajar sekolah ini. | | |
| 15 | Fikirannya berkecamuk kerana peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi. | | |
| 16 | Para guru sedang bertungkus lumus menyelesaikan sukatan pelajaran kerana peperiksaan hampir tiba. | | |
Teliti ayat-ayat di bawah kemudian klasifikasikan mengikut frasa-frasa berikut iaitu
I. FRASA NAMA (FN)
II. FARSA KERJA (FK)
III. FRASA ADJEKTIF (FA)
IV. FRASA SENDI NAMA (FS)
1. Ketika sampai di sekolah, saya terus menuju ke kelas untuk memulakan tugas membersihkan kelas.
FS: di sekolah
FK; memulakan tugas
2. Warna merah ialah warna kesukaan saya.
FA: merah
3. Penghijrahan Melina ke Dubai diuruskan oleh bapa saudara suaminya iaitu Jaafar An-Anbia.
FN: Penghijrahan Melina
FK: diuruskan oleh bapa saudara suaminya
4. Kari yang dimakan Faridahsangat pedas.
FK: yang dimakan Faridah
FA: sangat pedas
5. Mejar Kamaruddin ke Bukit Kutu untuk mencari anaknya.
FK; untuk mencari anaknya
6. Faridah ditemui oleh penduduk Sungai Dua.
FN: penduduk Sungai Dua
7. Panglima Garang ialah ketua orang-orang Melayu dan pelombong Cina di Sungai Kubu .
FN: Panglima Garang
__________________________________________________________________________
PENGETAHUAN TATABAHASA DAN KEMAHIRAN BERBAHASA
A. LATIHAN ULANGAN
AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN
( BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 : MUKA SURAT 215 DAN 216 )
Baca dan teliti ayat-ayat di bawah dan
i. kenal pasti ayat-ayat dasar yang membentuk ayat-ayat terbitan
ii. nyatakan Pola Ayat Dasar bagi ayat-ayat tersebut
1. Ali sedang membaca buku apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat di luar rumahnya.
Ayat Dasar: Ali membaca buku
Ali terdengar bunyi dentuman
POLA AYAT: FN+FK
2. Mei Ling dan Aminah akan menyertai pertandingan perbahasan sempena Hari Patriotik .
AYAT DASAR: 1. Mei Ling menyertai pertandingan perbahasan
2. Aminah menyertai pertandingan perbahasan
POLA AYAT: FN+FK
3. Gopal yang sentiasa berpakaian kemas sering dipuji oleh guru-guru sekolahnya.
AYAT DASAR: 1. Gopal berpakaian kemas
2. Gopal dipuji oleh guru-guru sekolahnya
POLA AYAT: FN+FK
4. Saya tidak hadir ke sekolah kerana dihidapi demam kuning.
AYAT DASAR: 1. Saya tidak hadir
2. Saya dihidapi demam kuning.
POLA AYAT: FN+FK
5. Membaca merupakan amalan murni.
AYAT DASAR: Membaca amalam murni
POLA AYAT: FN+FN
6. Pembinaan bangunan tambahan sekolah telah disiapkan pemaju pada hujung tahun 2009.
AYAT DASAR: Pembinaan disiapkan oleh pemaju
POLA AYAT:FN+FK
7. Para pelajar sekolah ini mesti memakai uniform kokurikulum pada setiap hari Rabu.
AYAT DASAR: Pelajar memakai uniform kokurikulum
POLA AYAT: FN+FK
8. Buah mangga ini masam
AYAT DASAR: Buah mangga masam
POLA AYAT: FN+FA
9. Seorang yang tegas , pengetua sekolah ini.
AYAT DASAR: Pengetua tegas
POLA AYAT: FN+ FA
10. Ke rumah nenek kami pada setiap hujung bulan.
AYAT DASAR: Kami ke rumah nenek
POLA AYAT: FN+FS
Panduan
1. Ayat Dasar ialah ayat tunggal. .
2. Ayat tunggal yang panjang tidak dianggap ayat dasar kerana telah mengalami perluasan.
3. Ayat Dasar mempunyai hanya satu subjek dan satu predikat
4. Ayat Dasar mempunyai susunan ayat biasa iaitu subjek di hadapan dan diikuti oleh predikat
5. Ayat Dasar ialah ayat aktif susunan biasa dan AYAT PENYATA.
6. Bagi AYAT MAJMUK : cerakinkan ayat menjadi AYAT TUNGGAL
7. Bagi AYAT PASIF : tukarkan ayat menjadi AYAT AKTIF
8. bagi AYAT SONGSANG : susunkan ayat menjadi AYAT SUSUNAN BIASA
9. AYAT SOAL /AYAT TANYA bukan AYAT DASAR
Ada 4 jenis POLA AYAT
1. FN+FN (FRASA NAMA+FRASA NAMA )
2. FN+FK (FRASA NAMA+FRASA KERJA)
3. FN+FA (FRASA NAMA+FRASA ADJEKTIF)
4. FN+FS (FRASA NAMA+ FRASA SENDI NAMA)
PERIBAHASA
A. LATIHAN MEMBINA AYAT DENGAN
PERIBAHASA
Ayat atau kelompok kata yang mengandungi susunan tetap dan pengertian tertentu
Bina ayat menggunakan peribahasa.
1. selembap-lembap puntung di dapur di tiup menyala juga
- sesuatu pekerjaan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh lambat-laun berhasil juga.
Contoh ayat:
Ali tetap dapat menyiapkan sebuah kertas projek tentang pencemaran di negara ini kerana komitmen dan kesungguhannya menjalankan penyelidikan tersebut umpama peribahasa selembap-lembap puntung di dapur ditiup menyala juga
2. kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek
- lebih mementingkan kerja orang lain daripada kerja sendiri
Contoh ayat:
“Lebih baik kamu siapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru daripada asyik menolong kawan kamu itu menyiapkan kerja rumahnya ,jangan sampai kerja raja dijunjung kerja sendiri dikelek,” leter ibu kepada Krishnan.
3. dijunjung merekah kepala,dipikul meruntuh bahu
- hukuman, peraturan,perintah yang sangat berat dan keras.
Contoh ayat:
Hukuman lucut jawatan ketua kelas yang dikenakan ke atas Halim kerana merosakkan komputer sekolah dirasanya bagai dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu kerana melibatkan maruah dirinya.
B. LATIHAN MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN RANGKAI
KATA
Cari makna rankai kata terlebih dahulu
1. kecut hati: takut, gerun, gentar
Contoh ayat: Kecut hati Lam Ting apabila melihat kemunculan guru displin di hadapan kelas.
2. hati kaudu: hati yang jahat dan busuk dalam diri seseorang/ hati iri/hati tamak/hati dengki/hati busuk/hati sakit
Contoh ayat: Jangan ada sedikitpun hati kadau dalam diri kita jika mahu perpaduan kekal dalam masyarakat negara kita.
3. dapat terpijak: memperoleh sesuatu dengan mudah atau dengan tidak perlu berusaha
Contoh ayat: Keadaan hidup Melati yang dapat memenuhi semua kehendak hati setelah berkahwin dengan Amir yang kaya raya itu boleh diumpamakan seperti peribahasa dapat terpijak.
4. laut lepas: laut yang terbentang luas
Contoh ayat: Fuad merenung laut lepas di hadapannya dengan perasaan sayu.B. LATIHAN MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN PERIBAHASA
1.Bina satu ayat dengan peribahasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan makna peribahasa tersebut
1. 1.Adu tenaga-
mempertandingkan kekuatan
Contoh Ayat: "Adu tenaga kamu di gelanggang jika mahu menguji kehandalan!" Tok Wali
memberi amaran keras kepada ahli-ahli silat itu.
2. 2.Adu nasib -
mencuba untung
Contoh ayat: Demi masa depan yang gemilang, akan saya adu nasib dalam bidang perniagaan
herba.
3. 3.Alah sabung menang sorak-
biarpun kalah namun masih cakap besar
Contoh ayat: Sikap pasukan ragbi itu tidak disenangi oleh jurulatihnya kerana masih lagi
bercakap besar walupun sudah tewas umpama peribahasa alah sabung menang
sorak.
4. 4.Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan,ke hutan juga perginya
Orang dagang, bagaimana senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri.
Contoh ayat: Abu Bakar seorang ahli perniagaan yang berjaya di Brunei tetapi dia umpama
ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan ke hutan juga
perginya kerana dia tetap rindu akan kampung halamannya di Kota Bahru
( AYAM BEROGA= AYAM HUTAN )
5. 5.Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan
Orang yang menderita kesusahan di tempat yang mewah.
Contoh ayat: Walaupun negara ini kaya dengan pelbagai hasil bumi, namun kita akan menjadi
seperti ayam bertelur di atas padi mati kelaparan jika kita malas berusaha dan
belajar bersungguh-sungguh, kita pasti akan hidup susah.
2.
| BIL | PERIBAHASA | MAKSUD |
| BERANI | | |
| 1. | Berani lalat | Berani di belakang lawan (kalau berhadapan ,takut) |
| 2. | Berani malu, takut mati | Pengecut |
| 3. | Berani pegang berani tanggung | Tiap-tiap yang dicakapkan akan berani pula dikerjakan |
| 4. | Berani udang | Tidak tetap hati |
| | | |
| BESI | | |
| 1. | Besi baik tiada berkarat | Perbuatan baik tetap terpuji selamanya (tidak dilupakan) |
| 2. | Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk ( nota; penduk ialah salutan emas atau perak pada sarung keris ) | Asal atau darjat seseorang ditentukan pada tingkah lakunya. |
| 3. | Dahulu parang sekarang besi | Dahulu sayang sekarang benci |
| 4. | Memegang besi panas | Berbuat sesuatu pekerjaan yang tidak tetap ( dengan perasaan khuatir atau takut) |
| 5. | Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam | Mengerjakan sesuatu bersama-sama |
Subscribe to:
Posts (Atom)