Saturday, March 17, 2012

UJIAN 1 (MAC) BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

PENGETAHUAN TAHABAHASA DAN KEMAHIRAN BERBAHASA





SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

A)BINA AYAT dari Laras Bahasa
Bina satu ayat bagi setiap frasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan penggunaan dan    makna frasa tersebut.  Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan , menggunakannya sebagai kata nama khas dan peribahasa.
i.                 alat kawalan jauh
(laras sains dan teknologi)
Alat kawalan jauh televisyen sudah rosak kerana terhempas ke lantai.

iii.         kepelbagaian biologi
(laras sains ekologi)
Kepelbagaian biologi negara ini semakin terancam akibat pencemaran yang dilakukan oleh manusia.

iv.          mengaku tidak bersalah
(laras undang-undang)
Perompak itu  mengaku tidak bersalah setelah tuduhan itu dibaca oleh pendakwa raya.

             iv.menjunjung  titah perintah
                 (laras  bahasa diraja)
 Misi kemanusiaan ke Somalia  dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh kerana  menjunjung titah perintah Duli Yang Maha  Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

v.              papan kekunci
(laras sains komputer)
Makmal komputer sekolah telah membeli sepuluh buah papan kekunci yang baharu bagi menggantikan papan kekunci komputer yang telah rosak.

vi.          servis bertukar tangan
(laras sukan )
Servis bertukar tangan daripada Lin Dan kepada Lim Chong Wei setelah   bola tangkis yang dipukul Lin Dan terkeluar dari gelanggang.

( 6 markah )
b) Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti Ayat Aktif Transitif dan Ayat Aktif Tak Transitif dalam ayat-ayat tersebut.

                                         i.            Amir menangis kerana sakit perut.
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

                                     ii.            Pada setiap hujung bulan, Salleh akan  menziarahi ibunya.
AYAT AKTIF TRANSITIF
(Ayat Pasif: Pada setiap hujung bulan, ibunya
                     diziarahi oleh Salleh)

                                 iii.            Pembantu perpustakaan menyusun buku-buku di rak pada setiap petang.
AYAT AKTIF TRANSITIF

                                  iv.            Puan Zila membasuh kain pada setiap pagi.
AYAT AKTIF TRANSITIF

                                      v.            Semua pelajar perlu berusaha gigih  demi masa depan masing-masing.
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

                                  vi.            Syarikat pembuat komputer tumbuh dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini.
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF
( 6 markah )
c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
                             i.            Puan Swee Lan sering berjogging di taman rekreasi yang letak di hadapan rumahnya.
berjogging – berjoging
letak            - terletak

                         ii.            Sandwic telur yang dicampur mayoneis itu sangat sedap dan sesuai dijadikan hidangan membuka selera.
membuka - pembuka
mayoneis - mayones


                     iii.            Semua kakitangan syarikat itu mesti pakai baju kebangsaan pada setiap hari Jumaat dan busjeket pada setiap hari Isnin .
pakai    -   memakai
busjeket  - busjaket
( 6 markah )

 d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah   dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

                 i.            Mariam tidak boleh  memasuki  Pasukan Polis Diraja Malaysia  kerana tidak diizinkan oleh kedua ibu bapanya.
memasuki   - menyertai
kedua         - kedua-dua

             ii.            Alisa lebih tinggi dari Alina walaupun mereka ialah adik-beradik kembar kerana mereka  bukan kembar serupa.
dari   -  daripada
serupa    - seiras


         iii.            Puan Silva meminta suaminya membeli setangkai pisang yang dijual di pasaraya yang tersohor di bandar ini.
setangkai  - sesisir/sesikat
pasaraya   - pasar raya
( 6 markah )


e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut:
                                         i.                        Bersumpah
angkat sumpah

                                     ii.                        melarikan diri
angkat kaki/cabut lari

                                 iii.                        khabar yang belum pasti
khabar angin/desas-desus
( 6 markah )