Tuesday, May 15, 2012

LATIHAN TATABAHASA: LATIHAN MASA CUTI PELAJAR TINGKATAN 5 2012

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA
[30 MARKAH]
Jawab Semua Soalan

(a)    Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
                                                        i.            penjanaan  idea
                                                      ii.            pemprosesan data
                                                    iii.            pemain simpanan
                                                    iv.            jalinan kerjasama
                                                      v.            integrasi nasional                                                                                
                                                    vi.            gerakan bawah tanah

(b)   Baca ayat-ayat di bawah dan tukar ayat-ayat penyata di bawah menjadi ayat tanya yang sesuai.

                                i.            Israk ialah cucu Wah.
                              ii.            Israk dibesarkan di Perth Australia.
                            iii.            Israk tidak suka tinggal di kampung kerana suasana kampung yang tidak moden.
                            iv.            Wah meleraikan pergaduhan Israk dan Mikraj dengan meminta mereka mengambil air sembahyang.
                              v.            Nilai murni yang terdapat dalam cerpen Israk ialah kasih sayang
                            vi.            Keluarga Adam pulang ke Kampung Sayung pada musim buah-buahan.

 (c)       Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin  ayat itu semula

                                i.            Mellisa amat menyintai negara ini sehingga bertekat menjadi anggota keselamatan negara selepas tamat pengajiannya di peringkat ijazah doktoran.


                              ii.            Indera Nata kembali bertemu bundanya setelah berjaya menyelamati tujuh orang puteri yang dikurung oleh dua raksasa di dalam sebuah rumah aggam.




(d)       Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah
            dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. 
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Hidup berjiran paling  memerlukan sifat  tolak ansur antara satu sama lain.  Fiil mementingkan diri perlu dihindari agar tidak menjadi kera sumbing dalam masyarakat.   Sebaliknya, sifat prihatin  perlu menjadi budaya dalam kehidupan berjiran.  Sifat  prihatin ini  bukanlah  bermaksud  menjaga tepi kain orang  . Kita perlu menganggap setiap jiran-jiran  ialah sebahagian daripada ahli keluarga kita juga.  Merekalah   yang akan membantu kita terlebih dahulu jika kita menghadapi halangan sebelum  saudara mara kita tiba   untuk memberikan  sumbangan.  Hal ini demikian kerana jiran-jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat duduk kita.


(e)        Kemukakan maksud tiga peribahasa di bawah dengan tepat.
                                            i.            cekik darah
                                          ii.            macam anjing dengan kucing
                                        iii.            bagai pucuk dilancarkan


PENGETAHUAN TATABAHASA DAN KEMAHIRAN BAHASA: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2012 SMK SULTAN ISMAIL

SKEMA JAWAPAN SOALAN 3
_______________________________________________

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA
[30 MARKAH]
Jawab Semua Soalan

(a)    Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
                                                        i.            kukus 
                                                      ii.            kukuh
                                                    iii.            kukur
                                                    iv.            melepak
                                                      v.            melepuh
                                                    vi.            melepuk
a.       i.kukus
·         wap air panas
·         sejenis musang yang busuk baunya
·         sejenis buah (buah kukus)

ii. kukuh
·         kuat dan tegap buatannya
·         teguh pendirian,cekal, tidak mudah berubah
·         tidak mudah turun naik (ekonomi,kewangan dan harga

iii. kukur
·         keruk isi kelapa
·         sejenis alat mengeruk isi kelapa
·         bergerigi halus
·         bunyi burung tekukur
iv. melepak
·         memukul dengan tapak tangan
·         dalam keadaan terlalu letih/melepek
·         berbuat sesuatu yang tidak mendatngkan sebarang faedah
·         putih betul/sangat putih

v. melepuh
·         melecet/melecer/menjadi lepuh
·          
vi. melepuk
·         memukul
·         menampar

(b)       Baca ayat-ayat di bawah dan kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat-ayat tersebut
                                i.            Syair Definisi Orang Berakal  menceritakan orang yang  berakal fikirannya amat tajam.
Subjek:  Syair Definisi Orang Berakal 
Predikat: menceritakan orang yang  berakal fikirannya amat tajam.

                              ii.            Orang berakal sangat dikasihi oleh raja.
Subjek: Orang berakal
Predikat: sangat dikasihi oleh raja.

                            iii.            Merendah diri ialah sifat terpuji yang perlu dimiliki oleh semua orang yang berilmu.
Subjek: Merendah diri
Perdikat:  ialah sifat terpuji yang perlu dimiliki oleh semua orang yang
                                                                                                      berilmu.

                            iv.            Orang yang bijak  sangat rajin menuntut ilmu.
Subjek:  Orang yang bijak
Predikat:  sangat rajin menuntut ilmu.

                              v.            Tidak suka bergaul dengan orang yang  jahat, orang yang berakal ini.
Subjek: orang yang berakal ini
Predikat: Tidak suka bergaul dengan orang yang  jahat


                            vi.            Apabila mendengar mereka ditimpa kesusahan orang berakal akan sentiasa membantu rakan-rakannya
Subjek: orang berakal
Predikat: akan sentiasa membantu rakan-rakannya apabila mendengar mereka ditimpa kesusahan


(c)        Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin  ayat itu semula

Pak Itam  berupakan anak Melayu pertama menjadi majestret  di Tanah Melayu semasa penjajahan Inggeris. Namun begitu, dia meninggal jawatan  tersebut kerana tidak mahu menjadi orang suruhan kepada penjajah  Inggeris.  Pak Itam  menceburi bidang kewartawanan  untuk memudahkannya menyalurkan pendapat tentang ajenda jahat   penjajah  terhadap negara ini.   Pengkritikan Pak Itam  terhadap pentadbiran  Inggeris menyebabkan dia sering masuk dan keluar  penjara  kerana dituduh  sebagai  pengkianat negara.  Namun kini , dia gembira kerana perjuangannya untuk melihat negara ini dibangunkan oleh rakyatnya sendiri tercapai.


  • 1.       berupakan        – merupakan
  • 2.       meninggal        – meninggalkan
  • 3.       Pengkritikan   -Kritikan  (huruf k perlu ditulis K –huruf besar: tulis huruf kecil – ½  m)
  • 4.       majestret        -majistret
  • 5.       ajenda             -agenda
  • 6.       pengkianat      -pengkhianat.


(d)       Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah
            dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. 
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Khoja Maimun  ialah seorang saudagar yang kaya-raya di negeri Ajam. Isteri Khoja Maimun bernama Bibi Zainab .  Dia menghadiahkan kepada  isterinya, dua ekor burung yang pandai berkata-kata.  Antara burung-burung itu, burung bayanlah yang lebih bijak  berbanding burung tiung.  Burung bayan sangat pandai bercerita.  Kepandaiannya digunakan untuk menghadang Bibi Zainab dari berlaku culas  terhadap Khoja Maimun.  Hal ini kerana seorang anak raja telah menyuruh Bibi Zainab menemui baginda pada suatu malam . Demi menyelamatkan rumahtangga Bibi Zainab, burung bayan memaksa Bibi Zainab untuk mendengar ceritanya sehingga Bibi Zainab terlupa untuk menemui anak raja tersebut.

Kesalahan kata/istilah
1.      culas –curang
2.      menyuruh-menitah
3.      memaksa- memujuk

                        Kesalahan tatabahasa ( mana-mana tiga di bawah )
                                            i.            Antara burung-burung –Antara burung
1.      (pastikan huruf a bagi kata antara ditulis Antara; jika a huruf kecil digunakan - ½ m)

                                          ii.            menghadiahkan –menghadiahi

                                        iii.            Hal ini kerana –Hal ini demikian kerana ( h mesti huruf besar H , jika h dieja huruf kecil - ½ m)

                                        iv.            rumahtangga – rumah tangga

                                          v.            dari    - daripada


(e)        Kemukakan tiga peribahasa yang sesuai mengikut situasi di bawah.
Tuk Wali seorang pejuang seni silat yang bersemangat kental. Dia tidak mahu ilmu persilatan hilang ditelan oleh pemodenan .  Baginya seni warisan itu mesti terus kekal dalam kehidupan masyarakat Melayu   umpama kata orang tua-tua ........................(1)................................. . Ilmu persilatan itu mesti diwarisi oleh generasi muda .  Oleh sebab itu, Tuk Wali bersungguh-sungguh mengajar ilmu persilatan kepada anak-anak muda di kampungnya.  Dia tidak mahu usahanya diumpamakan  ................................ (2).......................... .  Berbekalkan tekad  ............... (3).........................., dia berjaya melahirkan ramai anak-anak muda yang mahir dalam ilmu persilatan.

i.                    Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas / Biar mati anak Jinan mati adat
ii.                  Melepaskan batuk di tangga / hangat-hangat tahi ayam
iii.                Genggam bara api biar sampai jadi arang / alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan /usaha tangga jaya
                            ( tanda 3 teratas sahaja)