Tuesday, May 15, 2012

LATIHAN TATABAHASA: LATIHAN MASA CUTI PELAJAR TINGKATAN 5 2012

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA
[30 MARKAH]
Jawab Semua Soalan

(a)    Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
                                                        i.            penjanaan  idea
                                                      ii.            pemprosesan data
                                                    iii.            pemain simpanan
                                                    iv.            jalinan kerjasama
                                                      v.            integrasi nasional                                                                                
                                                    vi.            gerakan bawah tanah

(b)   Baca ayat-ayat di bawah dan tukar ayat-ayat penyata di bawah menjadi ayat tanya yang sesuai.

                                i.            Israk ialah cucu Wah.
                              ii.            Israk dibesarkan di Perth Australia.
                            iii.            Israk tidak suka tinggal di kampung kerana suasana kampung yang tidak moden.
                            iv.            Wah meleraikan pergaduhan Israk dan Mikraj dengan meminta mereka mengambil air sembahyang.
                              v.            Nilai murni yang terdapat dalam cerpen Israk ialah kasih sayang
                            vi.            Keluarga Adam pulang ke Kampung Sayung pada musim buah-buahan.

 (c)       Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin  ayat itu semula

                                i.            Mellisa amat menyintai negara ini sehingga bertekat menjadi anggota keselamatan negara selepas tamat pengajiannya di peringkat ijazah doktoran.


                              ii.            Indera Nata kembali bertemu bundanya setelah berjaya menyelamati tujuh orang puteri yang dikurung oleh dua raksasa di dalam sebuah rumah aggam.




(d)       Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah
            dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. 
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Hidup berjiran paling  memerlukan sifat  tolak ansur antara satu sama lain.  Fiil mementingkan diri perlu dihindari agar tidak menjadi kera sumbing dalam masyarakat.   Sebaliknya, sifat prihatin  perlu menjadi budaya dalam kehidupan berjiran.  Sifat  prihatin ini  bukanlah  bermaksud  menjaga tepi kain orang  . Kita perlu menganggap setiap jiran-jiran  ialah sebahagian daripada ahli keluarga kita juga.  Merekalah   yang akan membantu kita terlebih dahulu jika kita menghadapi halangan sebelum  saudara mara kita tiba   untuk memberikan  sumbangan.  Hal ini demikian kerana jiran-jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat duduk kita.


(e)        Kemukakan maksud tiga peribahasa di bawah dengan tepat.
                                            i.            cekik darah
                                          ii.            macam anjing dengan kucing
                                        iii.            bagai pucuk dilancarkan


No comments:

Post a Comment