SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA
[30 MARKAH]
Jawab Semua Soalan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i. penjanaan idea
(perbuatan menjanakan/menghasilkan buah fikiran/gagasan)
i. Penjanaan idea tentang cara mengatasi kemelesetan ekonomi daripada pakar-pakar ekonomi amat penting bagi merangsang ekonomi negara.
ii. Guru Bahasa Melayu melaksanakan sesi penjanaan idea melalui aktiviti perbincangan bagi mendapatkan idea-idea yang bernas untuk penulisan esei.
ii. pemprosesan data
( perbuatan memproses maklumat)
Pemprosesan data berkaitan maklumat diri pelajar mesti disiapkan segera bagi memudahkan urusan pemberian biasiswa kepada pelajar
iii. pemain simpanan
(pemain gantian)
Pemain simpanan pasukan bola sepak itu diminta menggantikan seorang pemain yang mengalami kecederaan di kaki semasa perlawanan tadi.
iv. jalinan kerjasama
Malaysia mewujudkan jalinan kerjasama dengan negara-negara ASEAN di bidang pelancongan melalui program Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.
v. integrasi nasional
(penggabungan antara kaum/kebangsaan )
Bagi memastikan wujudnya intergrasi nasional dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, sistem pendidikan negara menetapkan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua bangsa di negara ini.
vi. gerakan bawah tanah
( gerakan subversif/ gerakan rahsia menentang pemerintah dan lain-lain)
Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya merupakan sebuah gerakan bawah tanah yang bergerak secara rahsia untuk menjatuhkan pemerintahan British.
( 6 markah )
(b) Baca ayat-ayat di bawah dan tukar ayat-ayat penyata di bawah menjadi ayat tanya yang sesuai.
i. Israk ialah cucu Wah.
· Israk siapa?
· Siapa Israk?
· Siapakah Israk?
ii. Israk dibesarkan di Perth Australia.
· Israk dibesarkan di mana?
· Di manakah Israk dibesarkan?
· Di mana Israk dibesar?
iii. Israk tidak suka tinggal di kampung kerana suasana kampung yang tidak moden.
· Israk tidak suka tinggal di kampung, mengapa?
· Mengapakah Israk tidak suka tinggal di kampung?
· Mengapa Israk tidak suka tinggal di kampung?
iv. Wah meleraikan pergaduhan Israk dan Mikraj dengan meminta mereka mengambil air sembahyang.
· Bagaimanakah Wah meleraikan pergaduhan Israk dan Mikraj?
· Bagaimana Wah meleraikan pergaduhan Israk dan Mikraj?
· Wah meleraikan pergaduhan Israk dan Mikraj, bagaimana?
v. Nilai murni yang terdapat dalam cerpen Israk ialah kasih sayang
· Apakah nilai murni yangbterdapat dalam cerpen Israk?
· Apa nilai murni yang terdapat dalam cerpen Israk?
· Nilai murni yang terdapat dalam cerpen Israk ,apa?
vi. Keluarga Adam pulang ke Kampung Sayung pada musim buah-buahan.
· Keluarga Adam pulang ke Kampung Sayung, bila?
· Bilakah keluarga Adam pulang ke Kampung Sayung?
· Bila keluarga Adam pulang ke Kampung Sayung?
( 6 markah )
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Mellisa amat menyintai negara ini sehingga bertekat menjadi anggota keselamatan negara selepas tamat pengajiannya di peringkat ijazah doktoran.
· Satu kesalahan ejaan
bertekat - bertekad
· Dua kesalahan imbuhan
i. doktoran - kedoktoran
ii. menyintai - mencintai
ii. Indera Nata kembali bertemu bundanya setelah berjaya menyelamati tujuh orang puteri yang dikurung oleh dua raksasa di dalam sebuah rumah aggam.
Dua kesalahan ejaan
bundanya - bondanya
aggam - agam
satu kesalahan imbuhan
menyelamati - menyelamatkan
( 6 markah )
(d) Baca petikan di bawah dan kenal pasti 3 kesalahan bahasa atau istilah dan 3
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin semula petikan.
Hidup berjiran paling memerlukan sifat tolak ansur antara satu sama lain. Fiil mementingkan diri perlu dihindari agar tidak menjadi kera sumbing dalam masyarakat. Sebaliknya, sifat prihatin perlu menjadi budaya dalam kehidupan berjiran. Sifat prihatin ini tidaklah bermaksud menjaga tepi kain orang . Kita perlu menganggap setiap jiran-jiran ialah sebahagian daripada ahli keluarga kita juga. Merekalah yang akan membantu kita terlebih dahulu jika kita menghadapi halangan sebelum saudara mara kita tiba untuk memberikan sumbangan.
· Kesalahan tatabahasa
i. paling - amat/sangat
ii. setiap jiran-jiran - setiap jiran/jiran-jiran
iii. tidaklah - bukanlah
· kesalahan bahasa/istilah
1. kera sumbing - kera sumbang
2. halangan - kesusahan/kecemasan
3. sumbangan - bantuan/pertolongan
( 6 markah )
(e) Kemukakan maksud tiga peribahasa di bawah dengan tepat.
i. cekik darah
memeras wang/memeras tenaga
ii. macam anjing dengan kucing
orang yang selalu berbantah-bantahan/berkelahi/bergaduh
iii. bagai pucuk dilancarkan
sangat laju perginya
( 6 markah )