Wednesday, October 19, 2011

LATIH TUBI / KAJI PEPERIKSAAN SPM 2011-TATABAHASA

ANALISIS SINTAKSIS

Set 1: SUBJEK DAN PREDIKAT
Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah

1)       Mereka semua sudah pulang ke rumah masing-masing.
2)      Sejak pagi, ibu membersihkan laman rumah yang dipenuhi daun-daun kering.
3)      Salina dan Salimah merupakan pasangan kembar seiras yang comel.
4)      Memancing ialah hobi ayah sejak dia muda lagi.
5)      Dipenuhi oleh Wah kehendak dan kemahuan Israk kerana dia ialah cucu kesayangan Wah.
6)      Keberanian Pahlawan Buntung amat aku hargai dan sanjungi.
7)      Merah ialah warna kegemaran Mellisa.
8)      Kerana tidak masuk mengajar, Cikgu Zamani diberikan teguran semasa mesyuarat guru.
9)      Faridah masih sihat dan cergas walaupun sudah berusia 50 tahun
10)  Cekal dan tabah menjadikan Melina mampu tinggal berseorangan di Kuala Terengganu tanpa suaminya Benny.


Set 2: SUSUNAN AYAT
Kenal pasti ayat susunan songsang atau ayat susunan biasa

1.      Ali berada di rumah pada petang semalam.
2.      Tidak pulang ke rumah, Aiman setelah tamat waktu persekolahan.
3.      Ponteng sekolah atau ponteng kelas sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pelajar.
4.      Ayah yang sedang  bertugas di Kota Bharu telah dipindahkan ke  Kuala Lumpur.
5.      Beta anugerahkan sebidang tanah kepada Pak Ismail.
6.      Tidak dapat berbuat apa-apa kami apabila ribut tiba-tiba melanda kampung.
7.      Segera bersolat sebaik sahaja sampai ke rumah ,Fuad.
8.      Dileraikan oleh Fuad pertengkaran antara Farhana dengan Cikgu Zamani.
9.      Meluap-meluap kemarahan Cikgu Abas apabila mendapati tiada guru yang masuk mengajar di kelas itu.
10.  Menyayangi anaknya, Mariana.
11.  Kecewa , Pak Itam.
12.  Menimbulkan tanda tanya, kehadiran perempuan tua itu.
13.  Akan kutolong, Mir .
14.  Hamba tulis surat untuk Daeng Perani.

Set 3: AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
Susun ayat pasif menjadi ayat pasif susunan songsang

1.      Faridah dan Iqbal ditimpa kemalangan ngeri.
2.      Pasukan penyelamat ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Raub.
3.      Hutan Bukit Kutu dijelajah oleh Mejar(B) Kamarudin dan Buyung.
4.      Faridah dan Iqbal ditemui di Sungai Dua.
5.      Kereta dipandu Melina dengan hati-hati.
6.      Kematian Salmah dan Razali dihadapi Faridah dengan tabah.
7.      Takdir itu tidak saya sesali.
8.      Faridah dan Iqbal dilayan oleh Amah Siti.
9.      Rahayu dirindui oleh Salmah.
10.  Rahayu dibawa oleh Mejar (B) Kamarudin bertemu Faridah di Hospital Kuala Lumpur.
11.  Kisah masa kecilnya dengan Rahayu sentiasa diingati oleh Faridah.


Set 4: POLA AYAT
Kenal pasti POLA AYAT DASAR  ( POLA AYAT INTI): FN+FN,  FN+FK,  FN+FK,  FN+FS

1.      Pungut sedang merengek-rengek.
2.      Pungut ialah anak angkat Mak Timah.
3.      Mak Timah sayang akan Pungut.
4.      Pungut sudah berusia dua puluh empat tahun.
5.      Mak Timah dan Pungut di rumah anak lelaki Mak  Timah
6.      Israk yang baru pertama kali ke rumah Wah berasa tidak selesa.
7.      Wah menyayangi anak cucunya.
8.      Wah sayang akan Israk dan Mikraj.
9.      Adam pulang ke Kampung Sayong.
10.  Rumah Wah di tepi sungai.
11.  Wah tidak suka Israk dan Mikraj bertengkar di dalam rumahnya.
12.  Israk insaf setelah peristiwa lemas di sungai.
13.  Kita mesti ada jati diri dan pegangan agama yang teguh.
14.  Bijak  dan berani Pak Husain.
15.  Gembira Khalid bertemu Pak Husain.
16.  Pak Husain ialah Pahlawan Buntung.
17.  Memperdayakan tentera Jepun Pak Husain.
18.  Kami di Kampung Pulau Pak Amat ketika tentera Jepun menyerang.
19.  Kami ke Kampung Dal untuk bersembunyi.
20.  generasi sekarang belum menghayati erti kemerdekaan dengan sepenuhnya.
21.  Di tepi laut rumah Salmah.
22.  Tiang Cengal Dinding Sayong ialah tajuk drama .
23.  Salmah sedih kerana anak-anaknya mementingkan diri sendiri.
24.  Salmah yang sedang berdukacita mendapat berita suaminya masih hidup.
25.  Tuk Wali yang sangat cinta akan ilmu persilatan ditikam oleh cucunya sendiri.
26.  Tuk Wali  yang sudah tua masih kuat.
27.  Tuk Wali  garang.
28.  Mir yang sedih ditenteramkan oleh rakannya.
29.  Profesor Peter dan Zaman bertengkar.
30.  Zaman benci akan Pofesor Peter.


Set 5: AYAT MAJMUK /AYAT TUNGGAL
Kenal pasti AYAT MAJMUK atau AYAT TUNGGAL

1.      Si Luncai kaya tetapi malas bekerja.
2.      Si Luncai gemar berfoya-foya.
3.      Si Luncai gemar berfoya-foya menghabiskan harta ayahnya.
4.      Siti Sianah seorang perempuan bermoral rendah.
5.      Siti Sianah gemar berhias diri.
6.      Emak Si Randang menyediakan nasi lemak berlaukkan sambal tumis  untuk tetamu.
7.      Emak Si Randang sangat baik hati.
8.      Orang berbudi sentiasa disebut-sebut oleh orang lain.
9.      Laksamana pergi ke Patani dengan membawa sepucuk surat rayuan daripada Raja.
10.  Laksamana ke Patani .
11.  Laksamana berasa sedih kerana ibu saudaranya sedang gering.
12.  Laksamana taat akan perintah raja lalu pergi ke Patani dengan segera.
13.  Sifat riak ialah suka menunjuk-nunjukkan  kelebihan diri kepada orang lain.
14.  Allah SWT tidak menyukai sifat riak dalam kalangan hamba-hambanya.
15.  Orang yang bersifat riak biasanya sombong.
16.  Kita mesti sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar sifat riak tidak bersarang dalam hati kita.


Set 6: KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN
Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan

1.      Kami tidur berselimut tuala sahaja kerana terlupa membawa gembar semasa perkhemahan di Jerantut.
2.      Kami menggigil sejuk lantas segera duduk mengelilingi ungun api bagi memanaskan badan.
3.      Keesokan paginya kami mendengarkan  taklimat oleh guru penasihat tentang tantatif program dengan jelas.
4.      Semua kumpulan memberikan tugasan yang  mencabar oleh fasiliatator yang berpengalaman.
5.      Kami dikehendaki memakai pelampong keselamatan dengan kemas dan betul cara perikatannya.
6.      Guru mengingati kami agar memulakan semua aktiviti dengan bersolah  sunat dan berdoa terlebih dahulu.
7.      Dingin  pada pagi itu memberikan ketenangan kepada minda dan emosi kami  untuk misi menjelajah ke dalam gua gelanggi.
8.      Gua tersebut dijadi  tempat penyembunyian Mat Kilau, seorang penentang penjajahan British di Tanah Melayu.
9.      Ibu mengalas meja dengan kain sebelum menghidangkan kami  sepiring kuih muih.
10.  Ibu meminta saya menggalas perut dengan sepiring bihun goreng sebelum ke sekolah.
11.  Tanah latarit di kawasan lereng bukit itu disuburkan untuk tanam getah.
12.  Setiap hari pelajar-pelajar itu berjalan beriring-iring ke kantin pabila  waktu rehat .
13.  Hari Pahlawan dirai oleh para prajurit negara pada setiap tahun.
14.  Penyakit Encik Ramli telah didaignosis oleh sekumpulan pakar pengubatan dari Kuala Lumpur.

Friday, October 14, 2011

SOALAN 3 :PENGETAHUAN TATABAHSA- KERTAS 2 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SMK SULTAN ISMAIL TINGKATAN 4-

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
( 30 MARKAH)

a. Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakannya sebagai kata nama khas dan peribahasa.

i. Kebesaran
Ayat: i. Kita mesti mempercayai kebesaran Allah SWT yang mencipta
Manusia daripada segumpal darah.
ii. Kebesaran dan kegagahan kerajaan Rom amat digeruni oleh
masyarakat pada zaman jahiliah.

ii. Kebosanan
Ayat: Para pelajar 5 Bijak mula menunjukkan kebosanan semasa belajar
waktu persekolahan pada hari ini hampir tamat.

iii. Kejahilan
 i. Fadzilah sesal akan kejahilan dirinya dalam pelajaran
menyebabkan dia berusaha keras untuk berjaya.
ii. Antara ciri kejahilan kaum Arab pada zaman jahiliah ialah
meminum arak sehingga mabuk.
iii. Kejahilan tentang sesuatu ilmu itu boleh diatasi dengan
mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh.

iv. Kejanggalan
 Kejanggalan ketika berada di dalam majlis keraian itu saya atasi
dengan berbual-bual dan beramah mesra dengan tetamu lain.

v. Ketandusan
 i. Effdza tidak dapat menjawab soalan esei Bahasa Melayu dengan
baik kerana ketandusan idea.
ii. Ketandusan tanah itu menyebabkan tanah itu tidak sesuai untuk
aktiviti pertanian

vi. Ketulangan ( tercekik tulang )
Ayat: Kerana gelojoh , Foo Yoong Tze ketulangan ketika makan asam pedas ikan parang

(6markah )

b. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kenal pasti Pola Ayat Dasar (Pola Ayat Inti)
yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

i. Kisah Mahsuri amat mahsyur di negeri Kedah.
(FN+FA)

ii. Mengawal istana ialah pekerjaan Taif.
( FN+FN)

iii. Cincin di dalam kotak itu kepunyaan Mariana.
(FN+FS)

iv. Indera Nata yang bijak itu telah berjaya menewaskan raksasa yang ganas itu.
(FN+FK)

v. Israk dan Mikraj sering bertekak kerana sikap Israk yang tidak boleh bertolak ansur.
(FN+FK)

vi. Kerana nasihat burung bayan, Bibi Zainab setia menunggu kepulangan suaminya Khoja Maimun.
(FN+FA)
( 6 markah )



c. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Di bahagian barat Semenanjung Malaysia, tanah lataritnya disuburkan untuk tanam getah.

lataritnya - lateritnya
tanam - penanaman

ii. Kecerlangan pribadi remaja banyak bergantung pada cara didikan dan sifat semula jadi dua- dua ibu bapa .

pribadi-  peribadi
dua-dua  -   kedua-dua

iii. Penggunaan lamping pakai buang boleh merengsa kulit kanak-kanak jika tidak serasi dengan jenis kulit kanak-kanak itu.
lamping - lampin
merengsa-  merengsakan

( 6 markah )



d. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Adik berpusing-pusing di atas lantai menahan kesakitan di bahagian perutnya daripada pagi tadi. Keadaannya menjadikan ibu dan ayah amat cemas sehingga membawanya ke hospital dengan segera. Di hospital adik diberikan layanan kecemasan dengan segera. Setelah didiagnosis oleh pegawai perubatan, adik disahkan mengalami keracunan makanan yang teruk. Oleh itu, adik terpaksa menerima rawatan lanjutan sepanjang tiga hari lagi.

SALAH                        BETUL
berpusing-pusing - berguling-guling
daripada              - dari
sehingga               - lalu/lantas
layanan                 - rawatan
Oleh itu                 -Oleh sebab itu
sepanjang              - selama

(6 markah )

e. Baca petikan di bawah dengan teliti dan berikan tiga peribahasa yang sesuai dengan
teliti.
Berpegang pada prinsip (i) ....................................................., Khairul menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya setelah bertungkus lumus berusaha memajukan perniagaannya. Namun begitu , Khairul yang diam di bandar raya Kuala Lumpur tetap pulang menziarahi ibu bapanya dan saudara mara serta sahabat handai di kampung walaupun sudah menjadi orang yang berjaya dan sentiasa sibuk dengan urusan perniagaannya. Dia tidak mahu dianggap seperti (i) ................................................. . Apabila pulang ke kampung, dia akan menziarahi tempat-tempat tertentu seperti sekolah, padang permainan dan sungai tempatnya bermandi-manda bersama-sama rakan-rakan untuk mengenang kisah pada masa kecilnya semula , umpama peribahasa (ii) .................................... . Sesungguhnya , kenangan masa kecil tidak mudah dilupakan oleh Khairul.
( 6 markah )

i. genggam bara api biar sampai jadi arang/
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan/
usaha tangga jaya

ii. kacang lupakan kulit

iii. tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja