Friday, October 14, 2011

SOALAN 3 :PENGETAHUAN TATABAHSA- KERTAS 2 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SMK SULTAN ISMAIL TINGKATAN 4-

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
( 30 MARKAH)

a. Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakannya sebagai kata nama khas dan peribahasa.

i. Kebesaran
Ayat: i. Kita mesti mempercayai kebesaran Allah SWT yang mencipta
Manusia daripada segumpal darah.
ii. Kebesaran dan kegagahan kerajaan Rom amat digeruni oleh
masyarakat pada zaman jahiliah.

ii. Kebosanan
Ayat: Para pelajar 5 Bijak mula menunjukkan kebosanan semasa belajar
waktu persekolahan pada hari ini hampir tamat.

iii. Kejahilan
 i. Fadzilah sesal akan kejahilan dirinya dalam pelajaran
menyebabkan dia berusaha keras untuk berjaya.
ii. Antara ciri kejahilan kaum Arab pada zaman jahiliah ialah
meminum arak sehingga mabuk.
iii. Kejahilan tentang sesuatu ilmu itu boleh diatasi dengan
mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh.

iv. Kejanggalan
 Kejanggalan ketika berada di dalam majlis keraian itu saya atasi
dengan berbual-bual dan beramah mesra dengan tetamu lain.

v. Ketandusan
 i. Effdza tidak dapat menjawab soalan esei Bahasa Melayu dengan
baik kerana ketandusan idea.
ii. Ketandusan tanah itu menyebabkan tanah itu tidak sesuai untuk
aktiviti pertanian

vi. Ketulangan ( tercekik tulang )
Ayat: Kerana gelojoh , Foo Yoong Tze ketulangan ketika makan asam pedas ikan parang

(6markah )

b. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kenal pasti Pola Ayat Dasar (Pola Ayat Inti)
yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

i. Kisah Mahsuri amat mahsyur di negeri Kedah.
(FN+FA)

ii. Mengawal istana ialah pekerjaan Taif.
( FN+FN)

iii. Cincin di dalam kotak itu kepunyaan Mariana.
(FN+FS)

iv. Indera Nata yang bijak itu telah berjaya menewaskan raksasa yang ganas itu.
(FN+FK)

v. Israk dan Mikraj sering bertekak kerana sikap Israk yang tidak boleh bertolak ansur.
(FN+FK)

vi. Kerana nasihat burung bayan, Bibi Zainab setia menunggu kepulangan suaminya Khoja Maimun.
(FN+FA)
( 6 markah )



c. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Di bahagian barat Semenanjung Malaysia, tanah lataritnya disuburkan untuk tanam getah.

lataritnya - lateritnya
tanam - penanaman

ii. Kecerlangan pribadi remaja banyak bergantung pada cara didikan dan sifat semula jadi dua- dua ibu bapa .

pribadi-  peribadi
dua-dua  -   kedua-dua

iii. Penggunaan lamping pakai buang boleh merengsa kulit kanak-kanak jika tidak serasi dengan jenis kulit kanak-kanak itu.
lamping - lampin
merengsa-  merengsakan

( 6 markah )



d. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Adik berpusing-pusing di atas lantai menahan kesakitan di bahagian perutnya daripada pagi tadi. Keadaannya menjadikan ibu dan ayah amat cemas sehingga membawanya ke hospital dengan segera. Di hospital adik diberikan layanan kecemasan dengan segera. Setelah didiagnosis oleh pegawai perubatan, adik disahkan mengalami keracunan makanan yang teruk. Oleh itu, adik terpaksa menerima rawatan lanjutan sepanjang tiga hari lagi.

SALAH                        BETUL
berpusing-pusing - berguling-guling
daripada              - dari
sehingga               - lalu/lantas
layanan                 - rawatan
Oleh itu                 -Oleh sebab itu
sepanjang              - selama

(6 markah )

e. Baca petikan di bawah dengan teliti dan berikan tiga peribahasa yang sesuai dengan
teliti.
Berpegang pada prinsip (i) ....................................................., Khairul menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya setelah bertungkus lumus berusaha memajukan perniagaannya. Namun begitu , Khairul yang diam di bandar raya Kuala Lumpur tetap pulang menziarahi ibu bapanya dan saudara mara serta sahabat handai di kampung walaupun sudah menjadi orang yang berjaya dan sentiasa sibuk dengan urusan perniagaannya. Dia tidak mahu dianggap seperti (i) ................................................. . Apabila pulang ke kampung, dia akan menziarahi tempat-tempat tertentu seperti sekolah, padang permainan dan sungai tempatnya bermandi-manda bersama-sama rakan-rakan untuk mengenang kisah pada masa kecilnya semula , umpama peribahasa (ii) .................................... . Sesungguhnya , kenangan masa kecil tidak mudah dilupakan oleh Khairul.
( 6 markah )

i. genggam bara api biar sampai jadi arang/
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan/
usaha tangga jaya

ii. kacang lupakan kulit

iii. tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja

No comments:

Post a Comment