Wednesday, July 18, 2012

JAWAPAN TATABAHASA UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU (17/7/29012)


JAWAPAN BAGI SOALAN 3: UJIAN 2



SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
[45  markah]
(masa cadangan 45 minit)

a.      Bina satu ayat bagi setiap kata di bawah yang menunjukkan anda faham akan maksud kata tersebut. Anda tidak boleh menambah inbuhan, menukar imbuhan dan menggunakannya sebagai kata nama khas atau peribahasa.

                                            i.            Tersergam
·         Kelihatan tinggi dan besar daripada yang  lain-lain bagi bangunan, rumah dan gunung dll)
                                          ii.            Terpercik
·         Kena percik (air dll)
·         Memercik, keluar menghambur

                                        iii.            Terserlah
a.      Menjadikan terserlah/menjadikan terang bercahaya
·         Contoh: setiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yang terserlah cahaya dan kilauan sepenuhnya.

b.      Mengemukakan (dengan nyatanya)
c.       Menonjolkan

                                        iv.            terperdaya
·         terkena tipu daya(muslihat), tertipu

                                          v.            terpermanai
a.      terkira (banyaknya)
b.      sangat banyak (ramai )
·         Contoh: terlalu besar kerajaannya syahdan terlalu banyak hulubalangnya dan rakyatnya tiada terpermanai lagi
( KAMUS DEWAN  EDISI KEEMPAT ,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA)

( 5 markah )

b.      Baca dan teliti ayat-ayat majmuk di bawah, kenal pasti dan senaraikaan DUA AYAT TUNGGAL dan DUA POLA AYAT DASAR (POLA AYAT INTI)  bagi ayat-ayat tunggal tersebut.

                                i.            Kami sedang membersihkan kelas ketika guru bertugas melakukan pemantauan kebersihan kelas.
                              ii.            Semua pelajar di Dewan Seri Gemilang  ketika guru displin menangkap pelajar nakal itu.
                            iii.            Hamimah yang rajin telah mendapat pujian daripada pengetua.
                            iv.            Puan Lim ialah nenek  yang  sayang akan cucu-cucunya.

BIL
AYAT TUNGGAL
POLA AYAT
markah
i.
Kami sedang membersihkan kelas  ( ½ m)
Guru bertugas melakukan pemantauan kebersihan kelas (1/2 m)
FN + FK  (1/2m)
FN+ FK (1/2 m)
1 markah
1 markah
ii.
Semua pelajar di Dewan Seri Gemilang  (1/2m)

Guru displin menangkap pelajar nakal itu.
(1/2m)

FN + FS  ( ½ m)


FN + FK  ( ½ m)

1 markah


1 markah
iii.
Hamimah rajin
(1/2m)

Hamimah telah mendapat pujian daripada pengetua.
(1/2 m)

FN + FA  (1/2 M)



FN + FK (1/2M)
1 markah



1 markah )

iv
Puan Lim ialah nenek
(1/2m)

Puan Lim sayang akan cucu-cucunya/
Nenek  sayang akan cucu-cucunya
(1/2m)
FN + FN   ( ½ m)


FN + FA ( ½ m )
1 markah


1 markah )

 ( 8 markah )

c.       Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti serta senaraikan DUA KATA TUGAS yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

                                i.            Benar, Abdul Halim atau  Joshua Lim ialah  anak Robert Lim.
benar     - kata praklausa
atau       - kata penyambung ayat/kata hubung gabungan
ialah      - kata prafrasa/kata pemeri
( 2 sahaja)

                              ii.            Farhana bersuara dengan lantangnya
dengan – kata prafrasa/kata sendi nama
nya       - kata pascakata/kata pembenda

                            iii.            Sesungguhnya Mak Salmah telah memaafkan Fuad .
nya-kata pascakata/kata penekan
telah- kata prafrasa/kata bantu

                            iv.            Maka Khoja Maimun pun belayar ke negeri Ajam untuk mengembangkan perniagaannya.
pun    - kata penegas /kata prafrasa
ke       -kata prafrasa/kata sendi nama
untuk - kata penyambung ayat/kata hubungan pancangan
( 2 sahaja)
( 8  markah )
d.      Baca dan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti sama ada kata-kata  yang bergaris tersebut ialah KATA KERJA  TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP atau KATA KERJA  TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

                                            i.            Kesihatan Mariana  beransur pulih sejak seminggu yang lalu.
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP

                                          ii.            Kebanyakan syarikat tempatan telah membangun dengan pesat.
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP.

                                        iii.            Melissa  menjadi anggota keselamatan kerana terlalu cinta akan negara ini.
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP
                                                                                                                        
                                        iv.            Pokok-pokok jagung di kebun Pak Ismail, sudah mulai tumbuh.dengan suburnya.
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

                                          v.            Melissa sudah mampu berdikari.
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

                                        vi.            Semua pelajar terdiam ketika mendengar letupan yang kuat itu.
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

                                      vii.            Mereka berjalan berpandukan cahaya bulan.
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP

( 7 markah )

e.       Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti   frasa-frasa yang bergaris di dalam ayat-ayat tersebut. Anda perlu menulis semula frasa-frasa tersebut.

                                i.            Menulis ialah hobi Pak Itam sejak muda.
menulis- Frasa Nama ( 1 markah )

                              ii.            Aku tinggal di tepi Sungai Ceper.
di tepi Sungai Ceper – Frasa Sendi Nama ( 1 markah )

                            iii.            Uj pemain catur yang hebat.
yang hebat – Frasa Adjektif  ( 1 markah )

                            iv.            Megat Iskandar melantik Merah Silu menjadi raja di Buluh Telang.
melantik Merah Silu – Frasa Kerja ( 1 m)

                              v.            Rumah kecil itu rumah Pak Ismail.
rumah Pak Ismail   – Frasa Nama  (1m)

                            vi.            Geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meluncur laju meredah lautan.
Geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa  –
 Frasa  Nama (1  m)

                          vii.            Bibi Zainab ialah isteri Khoja Maimun yang sangat cantik.
sangat cantik  – Frasa Adjektif (1m)
( 7 markah )

f.        Baca peribahasa di bawah dan berikan makna yang sesuai dan tepat dengan peribahasa-peribahasa tersebut.
                                            i.            minta diri
·         mohon supaya diizinkan pulang

                                          ii.            muka baru
·         pemain baru/orang baru dalam sesuatu permainan
·         orang yang baru melibatkan diri dlam sesuatu kegiatan ( usaha sama dll)

                                        iii.            mulut manis
·         lemah lembut dan baik tutur katanya

                                        iv.            mulut murai
·         orang yang sangat suka bercakap-cakap

( KAMUS DEWAN  EDISI KEEMPAT ,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA)

( 8 markah )

Wednesday, June 20, 2012

JAWAPAN SOALAN 3 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 TINGKATAN 4

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA
[30 MARKAH]
Jawab Semua Soalan

(a)    Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

                                                        i.            penjanaan  idea
(perbuatan menjanakan/menghasilkan buah fikiran/gagasan)
                                                                                i.            Penjanaan idea tentang cara mengatasi kemelesetan ekonomi daripada pakar-pakar ekonomi amat penting bagi merangsang ekonomi negara.

                                                                              ii.            Guru Bahasa Melayu melaksanakan sesi penjanaan idea melalui aktiviti perbincangan bagi mendapatkan idea-idea yang bernas untuk penulisan esei.

                                                      ii.            pemprosesan data
( perbuatan memproses maklumat)
Pemprosesan data berkaitan maklumat diri pelajar mesti disiapkan segera bagi memudahkan urusan pemberian biasiswa kepada pelajar

                                                    iii.            pemain simpanan
(pemain gantian)
Pemain simpanan pasukan bola sepak itu diminta menggantikan seorang pemain yang mengalami kecederaan di kaki semasa perlawanan tadi.

                                                    iv.            jalinan kerjasama
Malaysia mewujudkan jalinan kerjasama dengan negara-negara ASEAN di bidang pelancongan melalui  program Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

                                                      v.            integrasi nasional
(penggabungan antara kaum/kebangsaan )
Bagi memastikan wujudnya intergrasi nasional dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, sistem pendidikan negara menetapkan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran  yang perlu dipelajari oleh semua bangsa di negara ini.        
                                                                       
                                                    vi.            gerakan bawah tanah
( gerakan subversif/ gerakan rahsia menentang pemerintah dan lain-lain)
Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya merupakan sebuah gerakan bawah tanah yang bergerak secara rahsia untuk menjatuhkan pemerintahan British.

( 6 markah )

(b)   Baca ayat-ayat di bawah dan tukar ayat-ayat penyata di bawah menjadi ayat tanya yang sesuai.

                                i.            Israk ialah cucu Wah.
·         Israk siapa?
·         Siapa Israk?
·         Siapakah Israk?

                              ii.            Israk dibesarkan di Perth Australia.
·         Israk dibesarkan di mana?
·         Di manakah Israk dibesarkan?
·         Di mana Israk dibesar?


                            iii.            Israk tidak suka tinggal di kampung kerana suasana kampung yang tidak moden.

·         Israk tidak suka tinggal di kampung, mengapa?
·         Mengapakah Israk tidak suka tinggal di kampung?
·         Mengapa Israk tidak suka tinggal di kampung?

                            iv.            Wah meleraikan pergaduhan Israk dan Mikraj dengan meminta mereka mengambil air sembahyang.
·         Bagaimanakah Wah meleraikan pergaduhan Israk dan Mikraj?
·         Bagaimana Wah meleraikan pergaduhan Israk dan Mikraj?
·         Wah meleraikan pergaduhan Israk dan Mikraj, bagaimana?


                              v.            Nilai murni yang terdapat dalam cerpen Israk ialah kasih sayang
·         Apakah nilai murni yangbterdapat dalam cerpen Israk?
·         Apa nilai murni yang terdapat dalam cerpen Israk?
·         Nilai murni yang terdapat dalam cerpen Israk ,apa?


                            vi.            Keluarga Adam pulang ke Kampung Sayung pada musim buah-buahan.

·         Keluarga Adam pulang ke Kampung Sayung, bila?
·         Bilakah keluarga Adam pulang ke Kampung Sayung?
·         Bila keluarga Adam pulang ke Kampung Sayung?
( 6 markah )

 (c)       Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin  ayat itu semula.

                                i.            Mellisa amat menyintai negara ini sehingga bertekat menjadi anggota keselamatan negara selepas tamat pengajiannya di peringkat ijazah doktoran.

·         Satu  kesalahan ejaan
bertekat              - bertekad

·         Dua  kesalahan imbuhan
                                                                                i.            doktoran             - kedoktoran
                                                                              ii.            menyintai           - mencintai
                                                     

                              ii.            Indera Nata kembali bertemu bundanya setelah berjaya menyelamati tujuh orang puteri yang dikurung oleh dua raksasa di dalam sebuah rumah aggam.

Dua kesalahan ejaan
bundanya                   - bondanya
aggam                         - agam

satu kesalahan imbuhan
menyelamati   - menyelamatkan

( 6 markah )

(d)       Baca petikan di bawah dan kenal pasti 3 kesalahan bahasa atau istilah dan 3
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin semula petikan.

Hidup berjiran paling  memerlukan sifat  tolak ansur antara satu sama lain.  Fiil mementingkan diri perlu dihindari agar tidak menjadi kera sumbing dalam masyarakat.   Sebaliknya, sifat prihatin  perlu menjadi budaya dalam kehidupan berjiran.  Sifat  prihatin ini  tidaklah bermaksud  menjaga tepi kain orang  . Kita perlu menganggap setiap jiran-jiran  ialah sebahagian daripada ahli keluarga kita juga.  Merekalah   yang akan membantu kita terlebih dahulu jika kita menghadapi  halangan  sebelum saudara mara kita tiba   untuk memberikan  sumbangan. 

·         Kesalahan tatabahasa
                                                                                i.            paling                          - amat/sangat
                                                                              ii.            setiap jiran-jiran - setiap jiran/jiran-jiran
                                                                            iii.            tidaklah                      - bukanlah

·         kesalahan bahasa/istilah
1.       kera sumbing            - kera sumbang
2.       halangan                     - kesusahan/kecemasan
3.       sumbangan                                - bantuan/pertolongan


( 6 markah )

(e)        Kemukakan maksud tiga peribahasa di bawah dengan tepat.
                                            i.            cekik darah
memeras wang/memeras tenaga

                                          ii.            macam anjing dengan kucing
orang yang selalu berbantah-bantahan/berkelahi/bergaduh

                                        iii.            bagai pucuk dilancarkan
sangat laju perginya
( 6 markah )