JAWAPAN BAGI SOALAN 3: UJIAN 2
SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
[45 markah]
(masa cadangan 45 minit)
a. Bina satu ayat bagi setiap kata di bawah
yang menunjukkan anda faham akan maksud kata tersebut. Anda tidak boleh
menambah inbuhan, menukar imbuhan dan menggunakannya sebagai kata nama khas
atau peribahasa.
i.
Tersergam
·
Kelihatan tinggi dan besar daripada
yang lain-lain bagi bangunan, rumah dan
gunung dll)
ii.
Terpercik
·
Kena percik (air dll)
·
Memercik, keluar menghambur
iii.
Terserlah
a.
Menjadikan terserlah/menjadikan terang
bercahaya
·
Contoh: setiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yang
terserlah cahaya dan kilauan sepenuhnya.
b.
Mengemukakan (dengan nyatanya)
c.
Menonjolkan
iv.
terperdaya
·
terkena tipu daya(muslihat), tertipu
v.
terpermanai
a.
terkira (banyaknya)
b.
sangat banyak (ramai )
·
Contoh: terlalu besar kerajaannya syahdan
terlalu banyak hulubalangnya dan rakyatnya tiada terpermanai lagi
( KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT ,
DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA)
( 5 markah )
b. Baca dan teliti ayat-ayat majmuk di bawah,
kenal pasti dan senaraikaan DUA AYAT TUNGGAL dan DUA POLA AYAT DASAR (POLA AYAT
INTI) bagi ayat-ayat tunggal tersebut.
i.
Kami sedang membersihkan kelas ketika guru bertugas melakukan pemantauan
kebersihan kelas.
ii.
Semua pelajar di Dewan Seri Gemilang
ketika guru displin menangkap pelajar nakal itu.
iii.
Hamimah yang rajin telah mendapat pujian daripada pengetua.
iv.
Puan Lim ialah nenek yang sayang akan cucu-cucunya.
BIL
|
AYAT TUNGGAL
|
POLA AYAT
|
markah
|
i.
|
Kami sedang membersihkan kelas ( ½ m)
Guru bertugas melakukan pemantauan
kebersihan kelas (1/2 m)
|
FN + FK
(1/2m)
FN+ FK (1/2 m)
|
1 markah
1 markah
|
ii.
|
Semua pelajar di Dewan Seri Gemilang (1/2m)
Guru displin menangkap pelajar nakal itu.
(1/2m)
|
FN + FS
( ½ m)
FN + FK
( ½ m)
|
1 markah
1 markah
|
iii.
|
Hamimah rajin
(1/2m)
Hamimah telah mendapat pujian daripada
pengetua.
(1/2 m)
|
FN + FA
(1/2 M)
FN + FK (1/2M)
|
1 markah
1 markah )
|
iv
|
Puan Lim ialah nenek
(1/2m)
Puan Lim sayang akan cucu-cucunya/
Nenek
sayang akan cucu-cucunya
(1/2m)
|
FN + FN
( ½ m)
FN + FA ( ½ m )
|
1 markah
1 markah )
|
( 8 markah )
c. Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti
serta senaraikan DUA KATA TUGAS yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
i.
Benar, Abdul Halim atau Joshua
Lim ialah anak Robert Lim.
benar
- kata praklausa
atau
- kata penyambung ayat/kata hubung gabungan
ialah
- kata prafrasa/kata pemeri
( 2 sahaja)
ii.
Farhana bersuara dengan lantangnya
dengan – kata prafrasa/kata sendi nama
nya
- kata pascakata/kata pembenda
iii.
Sesungguhnya Mak Salmah telah memaafkan Fuad .
nya-kata pascakata/kata penekan
telah- kata prafrasa/kata bantu
iv.
Maka Khoja Maimun pun belayar ke negeri Ajam untuk mengembangkan
perniagaannya.
pun
- kata penegas /kata prafrasa
ke
-kata prafrasa/kata sendi nama
untuk - kata penyambung ayat/kata hubungan
pancangan
( 2 sahaja)
( 8 markah )
d. Baca dan teliti ayat-ayat di bawah dan
kenal pasti sama ada kata-kata yang
bergaris tersebut ialah KATA KERJA TAK
TRANSITIF DENGAN PELENGKAP atau KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP
i.
Kesihatan Mariana beransur
pulih sejak seminggu yang lalu.
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN
PELENGKAP
ii.
Kebanyakan syarikat tempatan telah membangun dengan pesat.
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA
PELENGKAP.
iii.
Melissa menjadi
anggota keselamatan kerana terlalu cinta akan negara ini.
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN
PELENGKAP
iv.
Pokok-pokok jagung di kebun Pak Ismail, sudah mulai tumbuh.dengan
suburnya.
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA
PELENGKAP
v.
Melissa sudah mampu berdikari.
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA
PELENGKAP
vi.
Semua pelajar terdiam ketika mendengar letupan yang kuat
itu.
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA
PELENGKAP
vii.
Mereka berjalan berpandukan cahaya bulan.
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN
PELENGKAP
( 7 markah )
e. Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti frasa-frasa yang bergaris di dalam
ayat-ayat tersebut. Anda perlu menulis semula frasa-frasa tersebut.
i.
Menulis ialah hobi Pak Itam sejak muda.
menulis- Frasa Nama ( 1 markah )
ii.
Aku tinggal di tepi Sungai Ceper.
di tepi Sungai Ceper – Frasa Sendi Nama ( 1 markah )
iii.
Uj pemain catur yang hebat.
yang hebat – Frasa Adjektif ( 1 markah )
iv.
Megat Iskandar melantik Merah Silu menjadi raja di Buluh
Telang.
melantik Merah Silu – Frasa Kerja ( 1 m)
v.
Rumah kecil itu rumah Pak Ismail.
rumah Pak Ismail – Frasa Nama (1m)
vi.
Geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meluncur laju meredah lautan.
Geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa –
Frasa Nama (1 m)
vii.
Bibi Zainab ialah isteri Khoja Maimun yang sangat cantik.
sangat cantik – Frasa Adjektif (1m)
( 7 markah )
f.
Baca peribahasa di bawah dan berikan makna yang sesuai dan tepat dengan
peribahasa-peribahasa tersebut.
i.
minta diri
·
mohon supaya diizinkan pulang
ii.
muka baru
·
pemain baru/orang baru dalam sesuatu
permainan
·
orang yang baru melibatkan diri dlam
sesuatu kegiatan ( usaha sama dll)
iii.
mulut manis
·
lemah lembut dan baik tutur katanya
iv.
mulut murai
·
orang yang sangat suka bercakap-cakap
( KAMUS
DEWAN EDISI KEEMPAT ,
DEWAN
BAHASA DAN PUSTAKA)
( 8 markah )
No comments:
Post a Comment