Saturday, April 16, 2011

ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

1.TINGKATAN 4
MORFOLOGI
A. KATA NAMA
1.GOLONGAN KATA NAMA
2. PEMBENTUKAN KATA NAMA
B.KATA KERJA
1.KATA KERJA TAK TRANSITIF
2.KATA KERJA TRANSITIF
3. PEMBENTUKAN KATA KERJA
C.KATA ADJEKTIF
1.PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF
D. KATA TUGAS
1. KATA PEYAMBUNG AYAT
2. KATA PRAKLAUSA
3. KATA PRAFRASA
4. KATA PASCAKATA
(NOTA: KATA SENDI NAMA DIKATEGORIKAN SEBAGAI KATA TUGAS (KATA PRAFRASA)
SINTAKSIS
A. FRASA
1. FRASA NAMA
2. FRASA KERJA
3. FRASA ADJEKTIF
4. FRASA SENDI NAMA
B. STRUKTUR BINAAN AYAT
1. AYAT
2. FRASA
3. KLAUSA
4. KATA
C. PERIHAL AYAT
1. AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN
2. AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
3. AYAT TUNGGAL
4. AYAT MAJMUK
D. PROSES PENERBITAN AYAT
1. PROSES PENGGUGURAN
2. PROSES PENYUSUNAN SEMULA
3. PROSESPERLUASAN
==============================================
2. TINGKATAN 5
MORFOLOGI
1. KATA GANTI NAMA
2. KATA ADJEKTIF DENGAN KATA PENGUAT
3. KATA ADJEKTIF TERBITAN
4. KATA KERJA TAK TRANSITIF BERAPITAN
5. KATA KERJA PASIF
SINTAKSIS
1. AYAT BERPOLA FN+FN
2. AYAT BERPOLA FN+FK
a. FN+FKtr
b. FN+FKttr
3. AYAT BERPOLA FN+FA (PERLUASAN AYAT )
4. AYAT SONGSANG
5. AYAT PASIF SUSUNAN SONGSANG
6. AYAT PERINTAH
7. AYAT MAJMUK
8. AYAT TUNGGAL
1.GOLONGAN KATA NAMA
Kata nama am
Kata nama khas
Kata ganti nama

2. PEMBENTUKAN KATA NAMA
Kata nama tunggal
Kata nama terbitan
Kata nama majmuk
Kata nama ganda


Golongan kata nama

1. Kata nama am merujuk pada
a.       Benda: contoh    - buku, orang, sekolah, pokok. bumi
b.      Perkara: contoh –  cuaca, angin, udara, sedutan
c.       Konsep: contoh  -  perpindahan, pembinaan, perbuatan,keadilan,kedamaian


2. Kata nama khas ialah khusus pada sesuatu nama, contoh
orang                                       pangkat
haiwan                                     benda
perbadanan                              undang-undang
bangsa,                                    bahasa

 Huruf pertama setiap kata ditulis dengan huruf besar
   Contoh: Puteri Cendera Kesuma
                 Pusat dalam Komuniti


3. Kata nama khas terbahagi kepada dua;
·         Kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia)
·         Kata nama khas tak hidup


4. kata ganti nama
Kata ganti nama tunjuk-  pengganti kata nama
-          menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk
-          dua kata ganti nama tunjuk   (ini dan itu)
Kata ganti nama diri
    Kata ganti nama diri tanya-    apa merujuk benda atau perkara
-          siapa merujuk orang
-          mana merujuk benda atau orang
    
  Kata ganti nama diri orang  -
·         Kata ganti nama diri orang pertama :  saya, aku, beta, hamba, patik, kami, kita
·         Kata ganti nama diri orang kedua    : anda, engkau, awak, kamu
·         Kata ganti nama diri orang ketiga    : ia, dia, mereka, nya, baginda, beliau, mereka


Latihan 1
Berdasarkan cerpen Memori Seorang Tua (Antologi Harga Remaja ); kenal pasti
sekurang-kurangnya lima belas
i. kata nama am
ii. kata nama ganti nama

dan
iii. enam  kata nama khas





Pembentukan kata nama

A.KATA NAMA TUNGGAL:
·         satu morfem bebas
·         kata inti bagi Frasa Nama
Contoh: buku, kereta, wang,perempuan

     Satu lagi bentuk kata dalam kategori kata nama tunggal ialah kata akronim

***KATA AKRONIM ialah
   Cantuman bahagian-bahagian tertentu daripada serangkaian perkataan.
  Cantuman boleh terdiri daripada
·         Huruf-huruf daripada rangkaian kata
·         Suku-suku kata daripada rangkaian kata
·         Bahagian-bahagian daripada perkataan

Ada 4 jenis KATA AKRONIM

1.Cantuman huruf awal perkataan-perkataan
Contoh: ABIM- ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
               USIM-UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
               UNITAR- UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
          ( cantuman huruf awal mesti membentuk sebutan baru tetapi masih mendukung makna yang sama )

2.  Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan
               Contoh: Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
                              MAWAR -  Majlis Wanita Johor

3. Cantuman suku kata awal perkataan
Contoh: tadika – taman didikan kanak-kanak
               cerpen – cerita pendek
               komsas – komponen sastera

4. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikuti.
Contoh: jentolak – jentera tolak
               jalurah   - jalan lurah
                purata   - pukul rata

                            
B. KATA NAMA TERBITAN
Terhasil melalui proses pengimbuhan pada kata dasar
·         4 jenis imbuhan yang boleh digabungkan dengan kata dasar bagi mmenghasil kata nama terbitan
Ø  Imbuhan awalan
Ø  Imbuhan akhiran
Ø  Imbuhan apitan
Ø  Imbuhan sisipan

·         5 jenis kata  yang menerima imbuhan untuk membentuk KATA NAMA TERBITAN
Ø  Kata akar
Ø  Kata tunggal
Ø  Kata terbitan
Ø  Kata majmuk
Ø  Rangkaian kata

Kata akar 
§  Tawa- tertawa  ( awalan  ter-... )
§  Mudi – kemudi (awalan  ke-... )

Kata tunggal
§  hancur  - kehancuran ( apitan ke-.... -an)
§  bina      - pembinaan   (apitan pem-...-an )
§  renung – renungan    (akhiran ...-an )
§  ceramah- penceramah (awalan pen-... )
§  kembung – keembung  ( sisipan ....- em.-... )

Kata terbitan
Berangkat -  keberangkatan  ( apitan ke-....-an )
Berkesan   - keberkesanan    
Sinambung – kesinambungan

Kata majmuk
Ibu bapa – keibubapaan  ( apitan ke-....-an )
Kenal pasti – pengenalpastian (apitan pe-...-an )

Rangkaian kata
Tidak adil  - ketidakadilan   ( apitan  ke-...-an )
Tidak sempurna – ketidaksempurnaan  (apitan ke-....-an )


Melalui proses pengimbuhan kata nama terbitan boleh terhasil daripada
·         Kata kerja:  bina – pembinaan
                          jalan- perjalanan

·         Kata adjektif: kasih  - kekasih
                       tua    - ketua
                                   muda- pemuda

Latihan 2:
Berdasarkan cerpen Melissa (Antologi Harga Remaja ) ; kenal pasti dan senaraikan 3 kata nama terbitan bagi setiap imbuhan di bawah
Awalan peN-
Awalan pe-
Awalan peR-
Awalan ke-
Awalan juru-
Akhiran –an
Apitan peN-....-an
Apitan pe-...-an
peR-...-an
ke-...-an

   
C . KATA NAMA MAJMUK
Dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu
Dieja terpisah
Berdiri sebagai satu unit

Ada 3 jenis kata nama majmuk
a. rangkai kata bebas
guru besar
Naib Canselor
balai raya
Perdana Menteri
tiga segi tepat
Mejar Jeneral

b. istilah khusus dalam bidang ilmiah
papan kekunci
medan magnet
dalam talian
hukum karma
laman sesawang
analisis sastera

c. maksud kiasan (banyak terdapat dalam simpulan bahasa )
kaki bangku
ayam tambatan
ringan tulang
tumbuk rusuk
ada hati
buku lima

Terdapat 14 kata nama majmuk yang telah mantap dan ditulis sebagai satu perkataan
antarabangsa
kerjasama
setiausaha
tanggungjawab
bumiputera
warganegara
sukarela
matahari
jawatankuasa
olahraga
suruhanjaya

kakitangan
pesuruhjaya
tandatangan




D. KATA GANDA
Kesemua bentuk kata nama iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan.
*      Penggandaan penuh
*      Penggandaan separa
*      Penggandaan berentak

Penggandaan penuh
ü  Kata nama tunggal tanpa imbuhan
v  ayat-          ayat-ayat
v  pahlawan –  pahlawan-pahlawan
v  wajah      -wajah-wajah

ü  kata nama tunggal dengan akhiran ...-an
v  bayang    - bayang-bayangan
v  biji            -biji-bijian
v  sayur        -sayur-sayuran


ü  kata nama terbitan
v  ketua      -ketua-ketua
v  kementerian- kementerian-kementerian
v  pertubuhan –pertubuhan-pertubuhan

ü  kata nama majmuk
v  kertas kerja            -kertas-kertas kerja
v  mata pelajaran       -mata-mata pelajaran
v  buku tulis              -buku-buku tulis

      Penggandaan separa
-          Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar
-          Suku kata pertama bagi perkataan pertama digandakan
-          Huruf pertama  bagi suku kata pertama ditukar ke huruf ‘e

v  Langit  -- lalangit  --- lelangit
v  Kura     -- kukura  --- kekura
v  Laki     -- lalaki    ---  lelaki
v  Pohon  -- popohon ---pepohon


Penggandaan berentak
Proses penggandaan  kata nama dasar mengikut rentak bunyi

v  sayur --- sayur-mayur
v  kiuh ---- kuih-muih
v  lauk  --- lauk-pauk

v  kayu      ---- kayu-kayan
v  gunung ---- gunung-ganang
v  suku      ----  suku-sakat
v  batu       ---- batu-batan
v  warna    ---- warna-warni

v  anak  --- anak-pinak
v  sedu --- sedu-sedan


Latihan 3:

a. Bina satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah yang menunjukkan anda fahan akan makna dan penggunaannya dalam ayat

                                i.            bulan   -  bulan madu
                              ii.            kaki     -  kaki ayam
                            iii.            makan – makan hati

b. bina satu ayat bagi setiap kata di bawah yang menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya dalam ayat

                                i.            guru
                              ii.            guru-guru
                            iii.            guru besar
                            iv.            perguruan
                              v.            keguruan





=============================================================

B . FRASA NAMA
( berdasarkan Buku Teks Tingkatan 4 MUKA SURAT 162-163 )

1.      KATA INTI bagi Frasa Nama ialah Kata Nama
2.      **Frasa Nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih
3.      Frasa Nama boleh berfungsi sebagai
subjek  atau predikat dalam ayat
objek bagi kata kerja
unsur nama dalam frasa sendi nama
frasa pelengkap dalam predikat


4.      Subjek dalam ayat mesti terdiri daripada Frasa Nama

Contoh 1

                               I.            Buku
                            II.            Buku tebal
                         III.            Buku tebal itu
                         IV.            Sebuah buku tebal



@@ FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK DAN PREDIKAT
BIL
SUBJEK
PREDIKAT
1
Solusi
sebuah majalah.
2
Majalah Solusi
majalah ilmiah
3
Ah Lam
pelukis
4
Ah Lam
seorang pelukis
5
Ah Lam
seorang pelukis batik



@@FRASA NAMA  SEBAGAI OBJEK DALAM PREDIKAT
BIL
SUBJEK
PREDIKAT (FRASA KERJA )
KATA KERJA
OBJEK
(FRASA NAMA)
1
Ibu
sedang melayari
internet
2
Kuhan
membaca
buku cerita
3
Keindahan Pantai Cenang
memikat
hati
4
Puan Mary
menghias
rumah
5
Makcik Aliza
menyapu
sampah







@@ FRASA NAMA SEBAGAI UNSUR NAMA DALAM
        FRASA SENDI NAMA
BIL
SUBJEK
PREDIKAT (FRASA KERJA )
FRASA KERJA
FRASA KETERANGAN
SENDI NAMA
 FRASA NAMA
1
Soleh Johnsons
berbincang
dengan
Faridah
2
Cakera liut itu
ada
pada
Firdaus
3
Perkahwinan Zain dan Anne 
mendapat restu 
daripada
semua ahli keluarga
4
Halim
memangkas pokok
dengan
parang
5
Melina
Menelefon Benny
dari
Marang.


   @@  FRASA PELENGKAP DALAM PREDIKAT

BIL
SUBJEK
PREDIKAT
FRASA KERJA
FRASA NAMA
(FRASA PELENGKAP )
1
Benny
menjadi
 pelayar
2
Pengembara itu
berselimutkan
 embun
3
Dato’ Azrul
ada
 ladang kelapa


C. FRASA NAMA DALAM SUBJEK  BOLEH  DIAMBIL ALIH OLEH
        i.            FRASA KERJA
      ii.            FRASA ADJEKTIF

SUBJEK  FRASA KERJA
BIL
SUBJEK
PREDIKAT
1
Membasuh
ialah tugas harian saya.
2
Berjoging
merupakan amalan yang sihat
3
Melukis
menjadi kegemaran Melina



SUBJEK  FRASA ADJEKTIF
BIL
SUBJEK
PREDIKAT
1
Kasih sayang
sifat yang perlu ada pada  diri seorang ibu
2
Bijak
ialah satu kurniaan Tuhan
3
Biru laut
warna kesukaan Salmah


LATIHAN 1: MENGENAL PASTI

a.      FRASA NAMA
b.      FUNGSI FRASA NAMA DALAM AYAT

Maniam seorang bapa yang baik.  Dia berkahwin dengan Malini. Maniam mempunyai seorang anak bernama Ramakrisynen tetapi tidak pernah bertemu dengan anaknya itu. .   Semasa pendudukan Jepun di negara kita, Maniam ditangkap oleh polis.  Dia disyaki oleh penjajah Jepun menjadi tali barut kepada orang Inggeris.   Semasa disoal siasat, Maniam menceritakan sejarah hidupnya kepada Inspektor Rama. Tiba-tiba Inspektor Rama menangis.  Inspektor Rama memberitahu Maniam bahawa dia ialah Ramakrisynen yang diceritakan oleh Maniam. Inspektor Rama terus sujud di kaki Maniam. Semua orang yang ada di situ menangis melihat kejadian yang tidak disangka-sangka itu.



LATIHAN 2: MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN FRASA NAMA

       I.            Frasa Nama sebagai subjek

        i.            kabus: Kabus di Cameron Hihglands amat tebal.
      ii.            Bukit Fraser:
    iii.            Penyakit Sindrom Down:
    iv.            Kapal layar :


II.  Frasa Nama sebagai predikat

        i.            pengusaha pusat penyembelihan kambing: Soleh Johnson ialah pengusaha pusat
                                                                     penyembelihan kambing
      ii.            adik Faridah:
    iii.            Mejar(B) Kamaruddin:
    iv.            Bukit Kutu:


III. Frasa Nama sebagai unsur bagi kata sendi nama

        i.            Lembah Klau :  Fuad berkereta  dari Kuala Terengganu ke Lembah Klau.
      ii.            Farhana:
    iii.            Kampung Danau Seberang:
    iv.            penduduk Sungai Ruan:


IV. Frasa Nama sebagai objek: (Ayat Aktif Transitif )

        i.            Hisyam : Melisa   menyayangi Hisyam
      ii.            Pahlawan Buntung :
    iii.            Pak Itam menganjurkan:
    iv.            Indera Nata menunggang  :



V. Frasa Nama sebagai pelengkap (Ayat Aktif Tak Transitif )

Isteri:  Anne menjadi isteri Zain
Lengan: Mak Salmah tidur berbantalkan lengan.
ada cita-cita:
bertatahkan emas permata:
bertilamkan rumput:

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&



ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 2

A. KATA KERJA

1. PENGGOLONGAN KATA KERJA
                                i.            KATA KERJA TAK TRANSITIF
                              ii.            KATA KERJA TRANSITIF

2. PEMBENTUKAN KATA KERJA
                                i.            KATA KERJA TUNGGAL
                              ii.            KATA KERJA TERBITAN
                            iii.            KATA KERJA GANDA
                            iv.            KATA KERJA MAJMUK

PENGGOLONGAN KATA KERJA

i. Kata Kerja Tak Transitif
   -tidak memerlukan objek
   -dibahagikan kepada dua jenis   
§  Berpelengkap
§  Tanpa pelengkap
    Perkataan selepas kata kerja berfungsi sebagai pelengkap
    Ayat yang terbentuk menggunakan KKTTr dinamakan
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

**KATA KERJA AKTIF TAK TANSITIF (kkttr) tanpa pelengkap
     -Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan kata atau frasa untuk melengkapkan makna ayat.
   -  kkttr tidak mempunyai objek seperti kata kerja transitif
    - kkttr tidak boleh dipasifkan.

contoh kkttr    tanpa pelengkap        

menyanyi                     berlalu
bersembahyang           pulang
berdoa                         bergurau
bangun                                    berdiri
menangis                     berjalan
pergi                            tercengang
duduk                         kembali
hinggap                       tumbuh
runtuh                         memberontak



Contoh ayat

a.       Semua pelajar sedang bersembahyang.
b.      Semua orang sudah bangun.
c.       Adik menangis.
d.      Tamadun purba itu telah runtuh


           

***KATA KERJA AKTIF TAK TANSITIF (kkttr) berpelengkap

-          Kata kerja yang mesti iikuti oleh pelengkap bagi menyempurnakan ayat.
-          Ayat menjadi tergantung jika tiada pelengkap
-          Pelengkap bukan merupakan objek yang mengikuti kata kerja transitif
-          Ayat Aktif Tak Transitif dengan pelengkap tidak boleh dipasifkan

Contoh kkttr berpelengkap

beransur           berbuat
tinggal             berselimutkan
menjadi           berbantalkan
berumah          beralaskan      

Contoh ayat

                                i.            Hari sudah beransur petang.
                              ii.            Abdullah tidak berbuat salah.
                            iii.            Bapa sedang beransur pulih.
                            iv.            Seman menjadi menantu Mat Ranggi.
                              v.            Semua peserta perkhemahan tidur berselimutkan kanvas .
                            vi.            Maniam berbantalkan lengan.
                          vii.            Pendatang tanpa izin telah berumah di bangunan lama itu.
                        viii.            Pak Ismail duduk beralaskan tikar mengkuang.

PERKATAAN YANG DIGELAPKAN IALAH kkttr berpelengkap
CUBA GUGURKAN PERKATAAN /FRASA SELEPAS kkttr

Jawapan:   Ayat akan menjadi tidak sempurna dan tergantung.

         
            UNSUR PELENGKAP BAGI kkttr berpelengkap

            i. Frasa Nama/kata nama
a.      Gayah menjadi isteri Seman
b.      Pak Ismail ada kebun jagung.
c.       Farhana berbaring berbantalkan lengan.
d.      Cikgu Zamani berhujah bersandarkan pendapatnya sahaja.
           
            ii. Frasa Adjektif/Kata Adjektif
a.       Penyakit Mariana beransur pulih.
b.      Keadaan masyarakat di Changkat Janggus semakin tegang.
c.       Hubungan penduduk Kampung Changkat Janggus bertambah kukuh.
d.      Mak Bedah tinggal miskin.

iii. Frasa Sendi Nama
a.       Semua kaum keluarga berada di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur.
b.      Robert Lim singgah di rumah Pak Ismail .
c.       Kereta Fuad membelok ke kanan .
d.      Farhana telahpun bertolak dari Kuala Terengganu.





LATIHAN 1:
Bina satu ayat menggunakan kata kerja di bawah kemudian kenal pasti penggolongan kata kerja tersebut.

                                i.            naik      
                              ii.            berbuat
                            iii.            menetap
                            iv.            tertinggal
                              v.            senyum       
                            vi.            bersandar





LATIHAN 2
 Kenal pasti
                                i.            kkttr berpelengkap dan kkttr tanpa pelengkap dalam ayat-ayat di bawah
                              ii.            bina satu ayat lain menggunakan kata-kata tersebut

Setelah Fuad berfikir panjang, dia menerima tawaran Cikgu Abas. Keesokan harinya Fuad ke Sekolah Menengah Seri Setia untuk melapor diri.  Di kantin sekolah Fuad diperkenalkan oleh Cikgu Abas kepada Farhana iaitu Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Sejak itu, Fuad dan Farhana sering berbincang tentang program untuk  memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar.

Fuad telah memohon cuti daripada pihak sekolah. Fuad mahu pulang ke kampungnya di Sungai Ruan. Sebelum bertolak ke Sungai Ruan, Fuad singgah di pasar Kuala Terengganu. Dia mahu membeli cenderamata untuk adik-adik sepupunya. Di sana, Fuad terlihat kelibat Farhana sedang bertanya dari sebuah kaunter bas ke sebuah kaunter bas yang lain.  Malangnya semua tiket bas sudah habis dijual. Fuad mempelawa Farhana menaiki keretanya kerana mereka akan melalui laluan yang sama.

Keluarga Fuad yang tinggal di Sungai Ruan amat gembira dengan kepulangannya.Di situ, Fuad meluahkan perasaannya untuk mencari ibu kandungnya. Keinginannya bertambah kuat apabila Pak Said bersetuju untuk menenaminya ke Lembah Klau iaitu kampung halaman ibunya. Mereka bertemu dengan Pak Ngah Lias.
_________________________________________________________________________

**** KATA KERJA TRANSITIF (kktr)
-kata kerja yang mengandungi objek
-objek  bagi kktr ialah kata nama/frasa nama
-objek diperlukan untuk melengkapkan makna ayat
-ketiadaan objek menyebabkan ayat tidak lengkap/ ayat tergantung.


Kktr dibahagikan kepada dua jenis

i. kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif- kata kerja transitif aktif
ii. kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif – kata kerja transitif pasif

i. Kata Kerja Yang Berfungsi Dalam Ayat Aktif- kata kerja transitif aktif

   kata kerja ini menerima imbuhan
·         awalan meN-...
·         apitan meN-...-i
·         apitan  meN-...-kan

ii. . Kata Kerja Yang Berfungsi Dalam Ayat Pasif – kata kerja transitif pasif
Ø  kata kerja transitif pasif terhasil daripada perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif
Ø  kata kerja ini menerima imbuhan

        i.            awalan di-...
contoh:  Senaman dilakukan oleh pelajar-pelajar itu.

      ii.            apitan  di-...-i
Contoh: Pak Itam dikenali oleh semua penduduk desa.

    iii.            apitan  di-...-kan
Contoh: Robert Lim dipertemukan oleh Fuad dengan ibunya, Mariana.

    iv.            awalan  ber-...
Contoh: Pertanyaan Cikgu Abas belum berjawab.

      v.            awalan  ter-...
Yew Seng tertangkap oleh polis.

vi.        akhiran -...kan
            Keputusan Raja-raja Melayu, akan beta serahkan kepada wakil kerajaan British .

vii.      akhiran -... i
          Keberanian pahlawan Buntung aku kagumi.

atau

kekal sebagai kata kerja tanpa imbuhan
contoh: 
Buku itu saya baca.


LATIHAN 1
Bina satu ayat menggunakan kktr di bawah

        i.            menganugerahkan
      ii.            membawa
    iii.            melibatkan
    iv.            diserahkan
      v.            belikan
    vi.            jemur


LATIHAN 2:
Kategorikan KATA KERJA TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DI BAWAH

        i.            Sajak Dirgahayu Bahasaku dihasilkan oleh Ahmad Sarju.
      ii.            Sajak ini membicarakan isu kedudukan bahasa kebangsaan di negara kita.
    iii.            Bahasa kebangsaan pernah digunakan sebagai bahasa antarabangsa semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu.
    iv.            Kita tidak boleh memandang rendah kedudukan bahasa kebangsaan di negara ini.
      v.            Bahasa kebangsaan seharusnya dimartabatkan oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa ilmu.
    vi.            Saya  sayang bahasa kebangsaan saya.


LATIHAN 2:
Kenal pasti kktr aktif dan kktr pasif dalam ayat-ayat di bawah

Cerpen Ibu dan Ceper ialah  hasil nukilan Dato’ Shahnon Ahmad. Cerpen yang bertemakan kegigihan seorang ibu yang bekerja kuat semasa mudanya. Kekuatan  semangat ibu disamakan oleh penulis dengan kederasan aliran air Sungai Ceper yang mengalir di kampung mereka. Ibu menggunakan kudrat dua tangan dan kaki untuk mengerjakan sawah bagi menyara kehidupan keluarga. Penulis menekankan persoalan tanggungjawab ketua keluarga .  Selain itu masalah tentang pencemaran alam juga didedahkan oleh penulis.  Kelesuan aliran Sungai Ceper diibaratkan oleh penulis seperti keadaan ibu yang semakin uzur dan sering sakit.
Tenaga ibu semakin berkurang seiring dengan usianya yang semakin tua. Begitu juga Sungai Ceper yang semakin lesu dan kotor . Ibu dan Sungai Ceper digambarkan oleh penulis, sudah melalui perjalanan hidup yang sangat panjang .  Kedua-duanya sudah tua dan tidak produktif lagi.



FRASA KERJA
Ø  Binaan yang terdiri daripada satu atau lebih perkataan
Ø  Kata inti bagi frasa kerja ialah kata kerja

Binaan frasa kerja ada dua;
Ø  Frasa kerja dengan objek:  Khalid sedang membaca surat khabar.
( Frasa kerja transitif  -ayat yang mengandungi frasa kerja transitif doleh dipasifkan.

Ø  Frasa kerja tanpa objek   :  Khalid sedang berbual-bual.
(Frasa kerja tak transiti – ayat yang mengandungi frasa kerja tak transitif tidak boleh
                                                 dipasifkan).

Binaan Frasa Kerja dengan objek ada dua
Ø  Frasa kerja dengan satu objek
Ø  Frasa kerja dengan dua objek


Frasa kerja dengan satu objek
(objek yang berwarna tebal )

Contoh
                                i.            Mak Salmah mencangkul tanah.
                              ii.            Cikgu Abas sedang memujuk Fuad.
                            iii.            Fuad memandu kereta.

Frasa kerja dengan dua objek
(objek yang berwarna tebal)

Objek tepat –yang mengikuti kata kerja
Objek sipi   - yang mengikuti objek tepat

Contoh:
                                i.            Fuad menghadiahi Farhana sekeping kad ucapan .
Ø  Farhana- objek tepat
Ø  Sekeping kad ucapan – objek sipi

ii. Farhana mengajar pelajar subjek Bahasa Inggeris.
Pelajar – objek tepat
Sekeping kad ucapan –objek sipi

Latihan  1

a. Kenal pasti frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif dalam ayat-ayat di bawah.

                                i.            Cikgu Zamani sedang bertekak dengan Farhana.
                              ii.            Semua guru terpegun apabila melihat Fuad masuk ke bilik guru.
                            iii.            Pelajar-pelajar sedang belajar di kantin sekolah.
                            iv.            Robert Lim meminta maaf daripada Pak Ismail.
                              v.            Fuad membawa ibunya ke Mekah.
                            vi.            Farhana tercengang apabila Fuad memberitahu berita itu.
                          vii.            Fuad membelikan Pak Ismail sebidang tanah.
                        viii.            Pak Ismail menjadikan Fuad anak angkatnya



           b. kenal pasti frasa kerja transitif dengan satu objek dan frasa kerja transitif dengan dua objek

a.       Chin menjawab pertanyaan itu.
b.      Berita itu mengembirakan Fuad.
c.       Fuad membelikan Pak Ismail sebidang tanah.
d.      Fuad membelikan baju untuk adik-adiknya
e.         Pak Ngah Lias membantu Fuad.
f.          Mariana menderita penyakit semput.
g.         Fakrudin membelikan isterinya sebuah rumah.
h.         Mariana merenung sebentuk cincin.


Latihan mengkategorikan frasa kerja
Kenal pasti frasa kerja dalam ayat-ayat di bawah

Pertemuan antara, Benny, Mohammed Attar dan Ustaz Hassan Syukri menimbulkan perasaan kurang senang di hati Mohammed Attar. Dia menganggap Ustaz Hasaan Syukri tidak layak menyertai kumpulan perjuangannya. Baginya , pendekatan Ustaz Hassan Syukri terlalu lembut.  Mohammed Attar percaya, tindakan yang agresif penting untuk melumpuhkan pihak yang tidak suka akan Islam.  Dia memberitahu Ustaz Hassan Syukri bahawa cara penyelesaian masalah di negara Arab amat berbeza dengan cara orang-orang Melayu. Di negara Arab semua rundingan akan berakhir dengan senjata jika tiada penyelesaian dapat dicapai. Akan tetapi Ustaz Hassan Syukri memberitahu Mohammed Attar dan Benny, dalam budaya orang Melayu, sikap tolak ansur, lemah lembut amat dititikberatkan jika mahu menyelesaikan masalah.  Inilah salah satu contoh bagi tema  jati diri bangsa Melayu yang terdapat dalam novel Kabus Di Perbukitan.
___________________________________________________________________ 


ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 3

1. KATA ADJEKTIF
-          Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat
-          Unsur inti bagi Frasa Adjektif
-          Kata adjektif boleh didahului/diikuti  oleh kata penguat.
·         Indera Jenaka sangat takut .-didahului oleh kata penguat
·         Raja Kecil baik sungguh     - diikuti oleh kata penguat


2. Jenis –jenis kata adjektif
·         Kata adjektif sifatan/keadaan
·         Kata adjektif warna
·         Kata adjektif ukuran
·         Kata adjektif bentuk
·         Kata adjektif waktu
·         Kata adjektif jarak
·         Kata adjektif cara
·         Kata adjektif perasaan
·         Kata adjektif pancaindera


3. PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF
·         Kata adjektif tunggal: kuning, terang, pendek, masin

·         Kata adjektif terbitan: terkecil, terpanjang, tercantik,terdekat ( awalan ter-.... )
                                     sebesar, sepandai, seindah, seburuk    (awalan se-... )
                                     kebaratan, kemelayuan, kecinaan       ( apitan ke-... –an )
                                     gemuruh, gemilang,semerbak              ( sisipan –em )
                                     selerak, gelembung, kelebak                 ( sisipan –el)
                                     kerlip, gerodak                                       ( sisipan –er )

·         Kata adjektif ganda:    kecil-kecil, pedas-pedas                     ( ganda penuh )
 Kekuning-kuningan, kecina-cinaan,  ( apitan ke-...-an )
Besar-besaran, kecil-kecilan, belas-belasan (akhiran –an)
Porak-peranda, simpang-siur                        ( ganda berentak)

·         Kata adjektif majmuk:
Ø  Kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan kata adjektif dasar
Ø  Dieja terpisah
Ø  Membawa makna tertentu
Ø   
contoh
Kuning langsat: Baju berwarna kuning langsat amat sesuai dengan ibu.
Muda remaja   : Kaum muda remaja gemar terlalu gemar akan hiburan.
Panjang tangan: Sifat Suppiah yang panjang tangan akhirnya memakan dirinya sendiri.


Latihan 1

a. Kenal pasti dan kategorikan kata adjektif yang terdapat dalam cerpen Biarkan Samudera (Antologi Harga Remaja )


FRASA ADJEKTIF
Ø  Frasa adjektif terdiri darpada kata adjektif sebagai kata inti.
Ø  Frasa adjektif boleh disertai oleh kata bantu dan kata penguat


Fungsi Frasa Adjektif

Frasa adjektif sebagai subjek
SUBJEK
PREDIKAT
merah tua
warna pilihan pasangan pengantin itu.
rendah diri
amalan yang baik
amanah
sikap terpuji

Frasa adjektif sebagai predikat
SUBJEK
PREDIKAT
ibu
sudah terlalu tua
Menara Petronas
sangat tinggi
Anak-anak Osman
pandai-pandai belaka


Frasa adjektif sebagai keterangan dalam predikat
SUBJEK
PREDIKAT
kata kerja/ frasa kerja
Keterangan
(frasa adjketif )
Ayah
berlari            
pantas
Adik
tidur
Sangat nyenyak
Kakak
pulang
segera


Frasa adjektif sebagai penerang kata nama
a.
SUBJEK
PREDIKAT
Kata nama/
frasa nama
penerang
(frasa adjektif)
Firdaus
pelajar            
pandai
Poh Seng
gadis
cantik
Malini
budak
baik

            b.
Frasa Nama
Kata nama
Kata adjektif
pelajar
baharu
minyak
wangi
jawatan
lama
lurah
curam


FRASA SENDI NAMA      

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada
·         satu kata sendi nama
·         satu frasa nama yang menjadi pelengkap bagi kata sendi nama

·         kata sendi nama terletak di hadapan kata nama
·         frasa sendi nama boleh didahului oleh kata bantu

PERINGATAN:
KATA SENDI NAMA BOLEH BERFUNGSI SEBAGAI

*kata hubung   : dengan , untuk
  Contoh ayat:
i. Saya ke sekolah dengan Amirul  (kata sendi nama )
   dengan Amirul – Frasa sendi nama

a. dengan –kata sendi nama
    Amirul - kata nama


ii. Mereka makan dengan menggunakan tangan, (kata hubung)
                    dengan menggunakan tangan – Frasa Kerja Transitif )

         a. mereka makan  (klausa besar)
         b.  mereka menggunakan tangan (klausa kecil)

* kata adjektif : dalam
iii.  Pendidikan agama penting dalam pembinaan  sahsiah anak-anak.
               a. dalam –kata sendi nama
               b. pembentukan sahsiah anak-anak- frasa nama

iv. Sungai itu amat dalam.
         a. dalam –kata adjektif
         b. amat dalam –frasa adjektif

*kata kerja      : sampai
v. Kami berjaga sampai pagi
        a. sampai –kata sendi nama
        b. pagi     - kata nama

vi. Kami baru sampai dari makmal.
          a. sampai – kata kerja tak transitif

*kata bantu   (kata tugas – kata prafrasa )  : akan
   vii. Ayah sayang akan ibu
            a. akan  - kata sendi nama
       b. ibu- kata nama

viii. Para pelajar akan ke Pusat Pemuliharaan Alam Sekitar.
           a. akan – kata bantu
           b. ke Pusat Pemuliharaan Alam Sekitar – frasa sendi nama


a. Binaan Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama terdiri daripada salah satu binaan di bawah

               i.     Kata Sendi Nama + Frasa Nama
             ii.     Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah+Frasa Nama
           iii.     Kata Sendi Nama+Kata Nama Arah+Frasa Nama+Frasa Keterangan

      i. Kata Sendi Nama + Frasa Nama

BIL
FRASA SENDI NAMA
1
KATA SENDI  NAMA
FRASA NAMA
2
(Saya sayang)
+ akan
ibu
3
antara
saya dengan Aminah
4
bagi
kanak-kanak pintar
5
dari
bandar
6
daripada
nenek
7
demi
agama tercinta
8
dengan
keyakinannya
9
di
sekolah
10
hingga
malam
11
ke
rumah
12
kepada
ibu
13
oleh
guru saya
14
sampai
pagi
15
sejak
zaman pertanian lagi
16
tentang
disiplin pelajar
17
terhadap
warga tua
18
bagai
laksana
seperti
umpama
rusa masuk kampung
19
untuk
pelajar-pelajar kelas ini











    ii. Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah +Frasa Nama

BIL
FRASA SENDI NAMA
KATA SENDI NAMA
FRASA NAMA
KATA NAMA ARAH
FRASA NAMA
1
di
belakang
rumah itu
2
dari
dalam
kelas 5 Pintar
3
dengan
belakang
parang
4
untuk
dalam
negeri sahaja
5
ke
dalam
dewan

iii. Kata Sendi Nama+Kata Nama Arah+Frasa Nama+Frasa Keterangan
BIL
FRASA SENDI NAMA
KATA SENDI NAMA
FRASA NAMA
KETERANGAN
KATA NAMA ARAH
FRASA NAMA
1
ke
utara
Kedah
pada bulan lepas
1a
ke
-
Kedah
pada bulan lepas
1b
ke
utara
Kedah
-

           LATIHAN A: BERDASARKAN CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG
                                       (ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU )

 LATIHAN 1:  Kenal pasti
i.   seberapa banyak kata sendi nama
  contoh:
·         daripada- muka surat 123
·         dalam    - muka surat  123
·         dengan  - muka surat 123

ii, 5 frasa sendi nama yang berbeza dan betul serta  tepat penggunaannya dalam ayat-ayat yang
     terdapat dalam cerpen   tersebut.
contoh:
·         di atas dahinya- muka surat 123

LATIHAN 2: Dengan merujuk keenam-enam cerpen dari Antologi Dirgahayu Bahasaku,kenal pasti
frasa sendi nama yang kurang tepat penggunaan kata sendi namanya dan
betulkan  frasa sendi nama tersebut.

Contoh:
Bil
AYAT
Frasa sendi nama yang kurang tepat
Frasa sendi nama yang tepat
1
Kami berlabuh dalam sebuah warung
dalam sebuah warung
di sebuah warung

Arahan tugasan:
·         Tugasan dibuat oleh 6 buah kumpulan
·          
       B. Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
Frasa sendi nama boleh hadir sebagai
                                i.            Predikat dalam ayat
                              ii.            Keterangan bagi
·         frasa kerja
·         frasa nama



i. Predikat dalam ayat
BIL
SUBJEK
PREDIKAT
1
Kami
ke dataran Bandaraya
2
Ibu
di dapur

ii. Frasa keterangan bagi frasa kerja
BIL
SUBJEK
PREDIKAT
FRASA KERJA
FRASA SENDI NAMA
(KETERANGAN)
1
Kami
berehat
di bawah pokok
2
Jamilah
menggembur tanah
dengan cangkul
3
Puan Suzi
bercakap
seperti seorang penceramah terkenal

iii. Frasa keterangan bagi frasa nama:  ( ___ )

·         (Kompleks beli belah) di bandar raya /semuanya besar.

·         Saya/ sudah menderma (sejumlah wang) untuk anak-anak yatim.

·         Itu /(ialah sejenis makanan istimewa) pada Hari Raya Korban.

·         (Buku) pada saya ini /ialah buku yang dihadiahkan oleh ayah.

           
LATIHAN B: KENAL PASTI DAN SENARAIKAN FRASA SENDI NAMA
                        DALAM CERPEN  “IDOLA” (ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU)
                       
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





No comments:

Post a Comment