Saturday, April 16, 2011

LATIHAN KENDIRI-TATABAHASA

STRUKTUR BINAAN AYAT
(MUKA SURAT 208-209 BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4)

B.LATIHAN MENGENAL PASTI FRASA DAN KLAUSA
BIL
AYAT
FRASA
(jenis frasa)
KLAUSA
1
Baju sudah bergosok.
/

2
Adik membatalkan puasanya kerana adik tersangat lapar.

/
3
Saya tidak hadir kerana saya demam

/
4
Ah Meng dan Ah Chong sedang belajar.
/

5
Saya sakit perut.


6
Jalan ke sekolah ditutup kerana dinaiki air banjir.
/

7
Semua soalan disediakan oleh Unit Peperiksaan Sekolah ini.
/

9
Semua manusia dituntut agama agar bermaaf-maafan sesame mereka.
/

10.
Bangunan lama sekolah ini masih digunakan walaupun sudah ada bangunan baru.
/

11.
Rakyat Malaysia amat mementingkan cara hidup yang harmoni.
/

12.
Pengajaran yang berkesan memerlukan
alat bantu mengajar yang baik.
/

13
Membaca kegemaran saya
/

14
Aktiviti berkhemah amat digemari oleh pelajar-pelajar sekolah ini.
/

15
Fikirannya berkecamuk kerana peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi.

/
16
Para guru sedang bertungkus lumus menyelesaikan sukatan pelajaran kerana peperiksaan hampir tiba.

/


Teliti ayat-ayat di bawah kemudian klasifikasikan mengikut frasa-frasa berikut iaitu
I. FRASA NAMA (FN)
II. FARSA KERJA (FK)
III. FRASA ADJEKTIF (FA)
IV. FRASA SENDI NAMA (FS)

1. Ketika sampai di sekolah, saya terus menuju ke kelas untuk memulakan tugas membersihkan kelas.
     FS:  di sekolah
      FK; memulakan tugas

2. Warna merah ialah warna kesukaan saya. 
     FA: merah

3. Penghijrahan Melina ke Dubai diuruskan oleh bapa saudara suaminya iaitu Jaafar An-Anbia.
     FN: Penghijrahan Melina
     FK: diuruskan oleh bapa saudara suaminya

4. Kari yang dimakan Faridahsangat pedas.
    FK: yang dimakan Faridah
    FA: sangat pedas

5. Mejar Kamaruddin ke Bukit Kutu untuk mencari anaknya.
     FK; untuk mencari anaknya

6. Faridah ditemui oleh penduduk Sungai Dua. 
     FN: penduduk Sungai Dua
 
7. Panglima Garang ialah ketua orang-orang Melayu dan pelombong Cina di Sungai Kubu .
    FN: Panglima Garang
__________________________________________________________________________


PENGETAHUAN TATABAHASA DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

A. LATIHAN ULANGAN 

AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN
( BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 : MUKA SURAT 215 DAN 216 )

Baca dan teliti ayat-ayat di bawah dan 
i. kenal pasti ayat-ayat dasar yang membentuk ayat-ayat terbitan
ii. nyatakan Pola Ayat Dasar bagi ayat-ayat tersebut

1. Ali sedang membaca buku apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat di luar rumahnya.
    Ayat Dasar:  Ali membaca buku
                          Ali terdengar bunyi dentuman

     POLA AYAT:  FN+FK

2. Mei Ling dan Aminah akan menyertai pertandingan perbahasan sempena Hari Patriotik .
AYAT DASAR: 1. Mei Ling menyertai pertandingan perbahasan
                          2. Aminah menyertai pertandingan perbahasan

POLA AYAT: FN+FK

3. Gopal yang sentiasa berpakaian kemas sering dipuji oleh guru-guru sekolahnya.
AYAT DASAR: 1. Gopal berpakaian kemas
                           2. Gopal dipuji oleh guru-guru sekolahnya

POLA AYAT: FN+FK

4. Saya tidak hadir ke sekolah kerana dihidapi demam kuning.
    AYAT DASAR: 1. Saya tidak hadir 
                              2. Saya dihidapi demam kuning.

POLA AYAT: FN+FK

5. Membaca merupakan amalan murni.
AYAT DASAR: Membaca amalam murni

POLA AYAT:  FN+FN

6. Pembinaan bangunan tambahan sekolah telah disiapkan pemaju pada hujung tahun 2009.
AYAT DASAR: Pembinaan disiapkan oleh pemaju
  
POLA AYAT:FN+FK

7. Para pelajar sekolah ini mesti memakai uniform kokurikulum pada setiap hari Rabu.
AYAT DASAR: Pelajar memakai uniform kokurikulum

POLA AYAT: FN+FK

8. Buah mangga ini masam
AYAT DASAR:  Buah mangga masam

POLA AYAT: FN+FA

9. Seorang yang tegas , pengetua sekolah ini.
AYAT DASAR:  Pengetua tegas

POLA AYAT:  FN+ FA

10. Ke rumah nenek kami pada setiap hujung bulan.
AYAT DASAR: Kami ke rumah nenek

POLA AYAT:  FN+FS

Panduan
1. Ayat Dasar ialah ayat tunggal. .
2. Ayat tunggal yang panjang tidak dianggap ayat dasar kerana telah mengalami perluasan.
3. Ayat Dasar mempunyai hanya satu subjek dan satu predikat
4. Ayat Dasar mempunyai susunan ayat biasa iaitu subjek di hadapan dan diikuti oleh predikat
5. Ayat Dasar ialah ayat aktif susunan biasa dan AYAT PENYATA.
6. Bagi AYAT MAJMUK : cerakinkan ayat menjadi AYAT TUNGGAL
7. Bagi AYAT PASIF : tukarkan ayat menjadi AYAT AKTIF
8. bagi AYAT SONGSANG : susunkan ayat menjadi AYAT SUSUNAN BIASA
9. AYAT SOAL /AYAT TANYA bukan AYAT DASAR

Ada 4 jenis POLA AYAT
1. FN+FN (FRASA NAMA+FRASA NAMA )
2. FN+FK (FRASA NAMA+FRASA KERJA)
3. FN+FA (FRASA NAMA+FRASA ADJEKTIF)
4. FN+FS (FRASA NAMA+ FRASA SENDI NAMA)

1 comment: